CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 0

[Sarawak] Lima jam pantau banjir, APM gerak pasukan pemantau di kawasan terjejas

[Copy link]
Post time 21-1-2022 09:29 PM | Show all posts |Read mode


Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Limbang ketika memantau keadaan banjir pada Selasa.

LIMBANG: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang 'berendam' lebih lima jam ketika memantau keadaan banjir yang menyebabkan beberapa jalan utama tidak dapat dilalui kenderaan Selasa lalu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Sulaiman Salama berkata hujan lebat bermula jam 5 petang itu menjejaskan beberapa jalan utama dan kawasan perumahan yang berdepan masalah perparitan.

Beliau berkata antara jalan terjejas termasuk jalan  utama menuju hospital Limbang, kawasan bandar Limbang, kawasan Kampung  Bunga raya serta jalan utama berhampiran Bukit Mas dan kawasan Taman Damai.

“Air setinggi hampir satu meter itu turut menyebabkan beberapa rumah dan kediaman dimasuki air. Tiada pemindahan dilakukan dan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat ini dan kita juga belum menerima laporan dari segi kerosakan harta benda penduduk dikawasan terjejas,” katanya kepada media hari ini.

Sulaiman menjelaskan pihak berdepan kesukaran untuk melalui jalan raya yang ditengelami air ketika melakukan operasi pemantauan banjir.

“Kita memutuskan untuk menggerakkan aset jentera berat seperti lori lima tan bagi membantu pasukan pemantau bagi tujuan ke lokasi yang terjejas dan  di naiki air,” katanya.
Menurutnya air kembali pulih dan surut sekitar jam 10 malam dan jalan yang terjejas sebelum itu sudah boleh dilalui termasuk kediaman penduduk.

“Setakat ops pemantauan ini tiada kemalangan jiwa di laporkan dan kita sentiasa melakukan persediaan rapi bagi berdepan musibah banjir yang berlaku bila-bila dengan menggerakkan pasukan pemantau di kawasan berisiko banjir,” jelasnya lagi.


utusanborneo.com.my/2022/01/21
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.347380 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list