CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 305|Reply: 0

[Sarawak] Miri catat penurunan kes kemalangan

[Copy link]
Post time 21-1-2022 09:28 PM | Show all posts |Read mode
MIRI: Bandar raya Miri mencatat penurunan 16.6 peratus dari jumlah keseluruhan kemalangan sepanjang 2021, demikian menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak.

Jumlah kes kemalangan dalam tempoh Januari hingga Disember pada tahun lalu ialah 2471 kes berbanding 2963 kes pada 2020.

Bagaimanapun, berlaku peningkatan pada jumlah kemalangan maut sebanyak 2.3 peratus dengan melibatkan peningkatan jumlah kematian sebanyak 11.1 peratus. Jumlah kes kemalangan maut meningkat satu kes iaitu 44 kes pada 2021 berbanding 43 kes pada tahun sebelumnya.

Jumlah kematian meningkat dari 43 mangsa pada 2020 kepada 50 mangsa pada 2021.


Henry membantu penunggang motosikal memakai topi keledar pada Advokasi Keselamatan Jalan Raya sempena Perayaan Tahun Baru Cina, hari ini.

JPJ akan sentiasa komited memastikan pengguna jalan raya sentiasa diberi peringatan dan kesedaran  perlunya pemanduan berhemah selain  menjalankan penguatkuasaan dengan matlamat untuk menurunkan kadar kemalangan jalan raya terutama kemalangan maut.

"Ini dilaksanakan melalui program-program advokasi/ ceramah mengenai keselamatan jalan raya bersama komuniti, institusi pendidikan dan agensi-agensi kerajaan serta swasta," jelas kenyataan itu.

Bagi statistik pendaftaran kenderaan untuk tahun 2021, sebanyak 38,514 buah kenderaan yang telah didaftarkan di seluruh Sarawak.

Statistik menunjukkan penurunan 38 peratus berbanding jumlah yang didaftarkan pada tahun 2020 yang mencatat sebanyak 62,998 buah kenderaan.

Pendaftaran merangkumi kenderaan persendirian dan kenderaan perkhidmatan Awam.

Hari ini, JPJ dengan kerjasama Pejabat Residen Miri, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Sarawak SHELL Bhd, PERKESO, JKR dan Majlis Bandaraya Miri menganjurkan kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya sempena Perayaan Tahun Baru Cina di KM 6 Jalan Miri -Bintulu.

Fokus pelaksanaan program pada hari ini adalah kepada pemandu kenderaan, penunggang motosikal dan pemandu atau penunggang P-Hailing.

Satu sesi pocket talk turut diadakan bertujuan menyampaikan mesej-mesej mengenai keselamatan jalan raya bagi penunggang motosikal.

Menteri Muda Kedua (Pengangkutan) Dato Henry Harry Jenip hadir mengagihkan topi keledar kepada penunggang motosikal serta risalah keselamatan jalan raya.

Turut hadir Residen Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Pengarah  JPJ Sarawak  Norizan Jili, Ketua JPJ  Maya Morshidi, Pengurus  Besar Shell Bhd Jonathan Jolly.


utusanborneo.com.my/2022/01/21
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.053535 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list