CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak bakal miliki Kompleks Khas OKU pertama di Malaysia

[Copy link]
Post time 21-1-2022 09:26 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Sarawak bakal memiliki sebuah kompleks khas bagi menampung keperluan golongan orang kelainan upaya (OKU) di bawah satu bumbung.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata cadangan kompleks ini telah dipersetujui kerajaan negeri.

“Kerajaan juga bersetuju dengan peruntukan yang dimohon sebanyak RM50 juta namun tertakluk kepada semakan. Buat masa ini kompleks ini masih diperingkat awal iaitu rekaan dan dalam pencarian tapak yang strategik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Bengkel Pemerkasaan OKU Mengenai Aksesibiliti Bagi Komuniti Kurang Upaya Fizikal di sini hari ini. Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Sarawak Noriah Ahmad dan Presiden Persatuan Cerebral Palsy Bahagian Kuching dan Samarahan Chi Poh Yung.



Fatimah menerima cenderahati berupa buku daripada Chi. Turut kelihatan, Noriah.

Mengulas lebih lanjut mengenai kompleks tersebut ia akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan dikenali sebagai Special Need Community Support Centre (SNCC) atau Pusat Sokongan Komuniti Berkeperluan Khas.

Kompleks ini katanya adalah yang pertama di Malaysia dan apabila siap kelak Sarawak akan menjadi negeri yang dapat menampung keperluan khas OKU.

Kompleks ini katanya akan menyediakan semua rantaian keperluan OKU dari segi fasiliti bagi pemeriksaan kesihatan, pendidikan, latihan vokasional, pekerjaan termasuk pembangunan bakat dalam bidang sukan dan lain-lain bidang.

Mengenai bantuan bagi atlet OKU yang telah bersara, Fatimah berkata pencen bulanan diberikan kepada atlet dengan pencapaian tertinggi dalam Paralimpik daripada kerajaan persekutuan.

Pemenang pingat emas Paralimpik menerima pencen RM5,000 sebulan, RM3,000 bagi pemenang pingat perak dan RM2,200 bagi pemenang pingat gangsa.

“Seperti kes bekas atlet OKU di Pulau Pinang yang menjual tisu untuk menyara hidup, kita tidak pasti apa berlaku sebenarnya. Tetapi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada bantuan diberikan kepada OKU bekerja, tidak bekerja dan terlantar supaya tidak hidup dalam keadaan daif,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/21
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.052051 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list