CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 263|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 21/01/2022

[Copy link]
Post time 21-1-2022 09:19 PM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 176 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 245,255 kes. Sebanyak tiga (3) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua (2) kes di Keningau dan satu (1) kes di daerah Beaufort. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 216 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 237,513 orang. Manakala 670 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 365 orang di hospital, 297 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan lapan (8) orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 24 orang merangkumi 19 di ICU/repurposed kritikal care serta lima (5) di open ward (HDW/kubikel akut) dan tujuh (7) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 19 (25.33%).


Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Jumlah kes baharu di Sabah hari ini kembali di bawah paras 200 dengan 176 kes, 80 kes lebih rendah daripada jumlah semalam.

b. Jumlah kes-kes baharu daripada kluster-kluster aktif cuma 11 kes, iaitu tujuh (7) daripada Kluster Jalan Pertukangan, Sandakan dan empat (4) daripada Kluster Puri, Ranau. Ini mempengaruhi catatan harian kes baharu yang lebih rendah di Sabah.

c. Terdapat tujuh (7) daerah mencatat kes baharu dua (2) angka yang didahului oleh Kota Kinabalu dengan 41 kes (-4), diikuti oleh Penampang dengan 19 kes (+1), Papar 15 kes (-3), Tuaran 15 kes (-13), Beaufort 13 kes (+7), Sandakan 12 kes (kekal sama) dan Kota Marudu 11 kes (+1). Tidak ada kes baharu di Kalabakan, Nabawan, Kunak, Telupid, Beluran dan Semporna.

d. Kedudukan semasa jangkitan COVID-19 di Sabah adalah stabil. Turun naik kes harian secara mendadak banyak dipengaruhi oleh kemunculan kluster-kluster baharu dari masa ke masa. Tetapi apapun jumlah kes setiap hari, statistik yang konsisten ialah lebih 98% daripada semua kes baharu berada dalam Kategori 1 dan 2. Vaksinasi telah mengurangkan dengan banyak kes-kes serius akibat jangkitan COVID-19 dan ini telah mengurangkan secara signifikan jumlah pesakit yang perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan.

e. Hari ini 172 orang daripada 176 pesakit baharu berada dalam Kategori 1 dan 2 yang pada lazimnya tidak memerlukan rawatan di hospital. Dua (2) lagi pesakit berada dalam Kategori 3 dan masing-masing seorang dalam Kategori 4 dan Kategori 5.

f. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (82) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.194084 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list