CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1766|Reply: 37

[Tempatan] Tular Video Murid Hampir Jatuh Masa Angkat Beg Berat Naik Tangga, Netizen Mahu Isu Ini Segera Diselesaikan

  [Copy link]
Post time 21-1-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 21-1-2022 02:58 PM



Malah anak kecil ini dilihat hampir tersungkur gara-gara tidak mampu mengangkat beg berkenaan.

Isu beg sekolah yang berat bukanlah masalah baharu di negara kita. Malah ia dilihat sudah menjadi polemik yang tidak berkesudahan dan sering diperbahaskan setiap kali sesi persekolahan dibuka.



Terbaharu, akaun FB Cikgu Fadhli sekali lagi menjadi perhatian orang ramai apabila pengendalinya memuat naik satu video memperlihatkan seorang murid sekolah rendah yang dilihat tidak berdaya mengangkat beg sekolah yang berat semasa menaiki tangga.


Malah anak kecil ini dilihat hampir tersungkur gara-gara tidak mampu mengangkat beg berkenaan.

Menurut pengendali akaun tersebut, video ini diterimanya dari ibu murid itu sendiri. Jelasnya, isu ini bukanlah isu kecil kerana ia melibatkan kesihatan pelajar sekolah.

“Ni bukan isu kecil. Ini melibatkan kesihatan anak-anak kita. Ada kajian sains mengatakan ia boleh menyebabkan kerosakan kekal tulang belakang akibat pikul bebanan berterusan setiap hari. Bahkan dah ada beberapa bukti dari kawan-kawan tentang masalah anak belakang mereka dipercayai pikul beg berat

Tambah beliau, ada beberapa langkah terbaik untuk menguruskan isu ini iaitu dengan meninggalkan buku teks di sekolah antaranya dengan penyediaan locker.

Namun ia perlu dilakukan dengan lebih teliti iaitu dengan membuang hak pemilikan buku memandangkan kaedah sama iaitu meninggalkan buku di sekolah sudah pernah dilakukan namun tidak begitu berkesan serta tidak mendapat sambutan ibu bapa.

“Tu ja cara paling cepat, paling pantas, paling berkesan.Banyak sekolah wujudkan locker dan almari di kelas untuk murid tinggalkan buku teks. Awal-awal ja berkesan cara tu, kemudian semua tak nak letak sebab buku anak mereka hilang, rosak koyak, dan seumpamanya. Itu punca locker atau almari kat sekolah tak berjaya.

“Ini kerana setiap buku ada pemilik berdaftar dan perlu pulangkan setiap tahun. Bila rosak mereka yang kena ganti.

“Pemilikan buku ini punca orang tak nak tinggalkan buku di sekolah. Mereka tak nak buku anak mereka hilang dan rosak, seterusnya mereka pula kena beli lain dan ganti. Dah beli lain dan ganti, hilang lagi dan lagi. Penat weh main gini. Apa kata lepas ni semua sekolah di Malaysia buang hak pemilikan itu,” katanya lagi.

Letak kelas murid 1 dan 2 di bawah
Tambahnya lagi, pihak berkenaan juga sepatnya menggunakan common sense dengan meletakkan kelas pelajar darjah 1 dan 2 di bawah berbanding menempatkan mereka di tingkat yang lebih tinggi.

“Dan tolong la letak kelas murid tahun 1 dan tahun 2 di aras bawah. Kenapa kelas murid tahun satu pun ada yang ditingkat 3? Common sense kot. Budak tu kecik, beg berat. Macamana mereka nak pikul naik atas?Isu silibus berat, subjek banyak pun satu hal juga. Takkan nak suruh kami netizen fikirkan cara penyelesaian juga? Haishhh.”

Pengendali akaun FB Cikgu Fadhli Salleh
Malah beliau turut berkongsi tangkap layar kenyataan seorang bapa yang man
a anaknya telah mengalami kecederaan gara-gara mengangkat beg sekolah yang berat


SumberTambah beliau, ada beberapa langkah terbaik untuk menguruskan isu ini iaitu dengan meninggalkan buku teks di sekolah antaranya dengan penyediaan locker.

Namun ia perlu dilakukan dengan lebih teliti iaitu dengan membuang hak pemilikan buku memandangkan kaedah sama iaitu meninggalkan buku di sekolah sudah pernah dilakukan namun tidak begitu berkesan serta tidak mendapat sambutan ibu bapa.

“Tu ja cara paling cepat, paling pantas, paling berkesan.Banyak sekolah wujudkan locker dan almari di kelas untuk murid tinggalkan buku teks. Awal-awal ja berkesan cara tu, kemudian semua tak nak letak sebab buku anak mereka hilang, rosak koyak, dan seumpamanya. Itu punca locker atau almari kat sekolah tak berjaya.

“Ini kerana setiap buku ada pemilik berdaftar dan perlu pulangkan setiap tahun. Bila rosak mereka yang kena ganti.

“Pemilikan buku ini punca orang tak nak tinggalkan buku di sekolah. Mereka tak nak buku anak mereka hilang dan rosak, seterusnya mereka pula kena beli lain dan ganti. Dah beli lain dan ganti, hilang lagi dan lagi. Penat weh main gini. Apa kata lepas ni semua sekolah di Malaysia buang hak pemilikan itu,” katanya lagi.

Letak kelas murid 1 dan 2 di bawah
Tambahnya lagi, pihak berkenaan juga sepatnya menggunakan common sense dengan meletakkan kelas pelajar darjah 1 dan 2 di bawah berbanding menempatkan mereka di tingkat yang lebih tinggi.

“Dan tolong la letak kelas murid tahun 1 dan tahun 2 di aras bawah. Kenapa kelas murid tahun satu pun ada yang ditingkat 3? Common sense kot. Budak tu kecik, beg berat. Macamana mereka nak pikul naik atas?Isu silibus berat, subjek banyak pun satu hal juga. Takkan nak suruh kami netizen fikirkan cara penyelesaian juga? Haishhh.”
Pengendali akaun FB Cikgu Fadhli Salleh
Malah beliau turut berkongsi tangkap layar kenyataan seorang bapa yang mana anaknya telah mengalami kecederaan gara-gara mengangkat beg sekolah yang berat

FB Cikgu Fadhli Salleh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 03:31 PM | Show all posts
dah tak ada jadual waktu anjal ya? dulu zaman saya, pakai jadual waktu anjal.. jadi tak banyak la buku di bawa..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 03:34 PM | Show all posts
x gentleman nya kwn sblh
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari zmn aku sekolah sampai sekarang isu beg berat tak selesai.

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih belum kena kat anak VVVIP yang bersekolah di puncak kayangan. Sila tunggu lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Beg budak tu jenis yg ade handle.. Mmg beratlaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2022 03:41 PM | Show all posts
mcm mana nak selsai beg berat..duit negara kena rompak dgn najib!
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 03:41 PM | Show all posts
takde handle pun berat..ada handle lagi lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 03:46 PM | Show all posts
Bukan masaalah baru pun dah berpuluh tahun tapi tetap tak ada jalan penyelesaiannya
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 03:48 PM | Show all posts
satu subjek ada buku teks+buku latihan 2 buah+buku aktiviti x 5 subjek. Agak2 berapa KG?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal ak rs zmn ak sekolah dulu, mcm xde kes beg berat, siap org kongsi buku teks dgn ak psl dorg x bwk. Tp yg pasti buku tulis coklat selalu ak combine pelbagai matapelajaran. Eh tertinggal, so selak buku tulis mana2 yg ada dlm beg, pastu tulis kt page belakang Alhamdulillah menjadi la jgk dewasa ni. Klu ak sejenis bwk buku semua, lg la havoc
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bag anak aku dari hari isnin-jumaat mmg berat..lagi yg beroda tu. Kelas pulak tgkat 3.. dah berbuih ckp time pibg
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 05:00 PM | Show all posts
Locker tak boleh kunci ke?? Dah nama pun LOCKer
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Katik la budak2 ni kulu kilir usung beg berat cam batu..abih terbantut belaka
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 05:22 PM | Show all posts
penyelesaian : buat locker tiap kelas..bole sewakan serendah rm10 sethn utk pelajar
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 21-1-2022 03:56 PM
Apsal ak rs zmn ak sekolah dulu, mcm xde kes beg berat, siap org kongsi buku teks dgn ak psl dorg x  ...

Aku pun sejenis malas bawak buku teks
Suka share kawan punya
Klau kena perli cikgu pun buat pekak je
Alhamdulillah jdi orang gak besar ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 05:30 PM | Show all posts
pastu bila jadi dewasa jadi lah orang pembenci buku. sebab masa kecik2 kena usung buku hari2 sampai menyampah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama bangang Cikgu dgn ibubapa...benda macam ni pun cikgu2 Dan ibubapa budak2 tak boleh nak selesai...kesian budak2
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu zaman 90an masa aku sekolah rendah dah kena angkut beg berat. Tapi hadap je lahkan wwaktu tu. Tapi sampai skrg pun masih kena angkut beg berat2. Apa susah sangat ke nak bagi locker sorang satu? Kesianlah budak2 ni semua. Mahal sgt ke locker tu sampai tak boleh nak disediakan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangga sekolah pun curam naw hah.  Kalau ada 2 kali landing area tak de adik ni teruk sangat nak menarik beg.  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.463296 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list