CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 93|Reply: 0

[Sarawak] Wanita tipu tiket RWMF, dipenjara 1 tahun 8 bulan

[Copy link]
Post time 20-1-2022 08:50 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

KUCHING: Padah menipu tiket masuk ke Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2019 di Kampung Budaya, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara satu tahun lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman terhadap Safferina Talib, 36, selepas didapati bersalah dalam perbicaraan penuh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun dan boleh dikenakan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh menangguhkan hukuman dengan jaminan tunai RM5,000 beserta seorang penjamin tempatan dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menipu Sarren Michael Abu, 46, dengan mengaku sebagai wakil anak Ketua Menteri untuk mengutip 20 keping tiket gelang tangan secara percuma di kaunter masuk Kampung Budaya pada 12 Julai 2019.

Berdasarkan fakta kes, pengadu yang bertugas di kaunter masuk telah didatangi seorang wanita yang mengenalkan diri sebagai sepupu kepada anak ketua menteri untuk mendapatkan gelang tiket kemasukan Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2019 secara percuma.

Semasa kejadian, pengadu mendapati penama Sarren Michael yang juga penyelia di kaunter tiket telah menyerahkan 20 keping gelang tiket kepada seorang perempuan tidak dikenali secara percuma.

Pengadu kemudian laporan polis untuk tindakan lanjut seterusnya membawa tangkapan tertuduh sehari selepas kejadian dengan 13 keping tiket dirampas termasuk sebuah kereta jenis salon.

Semasa perbicaraan, seramai tujuh orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh diwakili Peguam Jonathan Jalin.


by Suaraswk
January 20, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 12:11 AM GMT+8 , Processed in 4.765724 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list