CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 81|Reply: 0

[Sarawak] Guna nama anak Ketua Menteri, peniaga dijatuhkan hukuman penjara

[Copy link]
Post time 20-1-2022 08:43 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang peniaga wanita dijatuhi hukuman penjara satu tahun lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu menggunakan nama anak Ketua Menteri Sarawak untuk mendapatkan pas masuk percuma bagi tiket Rainforest World Music Festival (RWMF) 2019.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menetapkan demikian terhadap Safferina Talib, 36, selepas perbicaraan penuh dijalankan dan tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah juga memerintahkan hukuman penjara agar dikuatkuasakan mulai hari ini.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa menipu pengurus seorang penyelia di kaunter tiket bagi festival berkenaan di pintu masuk Kampung Budaya Sarawak ketika RWMF 2019 diadakan pada 12 Julai 2019.

Tertuduh menipu dengan mengatakan dia mewakili Dayang Norjihan Abang Abdul Rahman Zohari, anak Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan ditugaskan untuk mengambil 20 pas masuk tiket dalam bentuk gelang tangan daripada penganjur secara percuma.

Mengikut keterangan kes, seorang pengadu iaitu penyelia lelaki di kaunter tiket didatangi seorang wanita (tertuduh) yang memperkenalkan dirinya sebagai sepupu kepada Dayang Norjihan pada 13 Julai 2019 jam lebih kurang 9.30 pagi di pintu masuk Kampung Budaya Sarawak, dengan tujuan untuk mendapatkan gelang tiket kemasukan ke RMWF 2019.

Pengadu seterusnya cuba meminta pengenalan tertuduh tetapi tertuduh melarikan diri.

Selepas membuat semakan, pengadu mendapati sejumlah 20 keping gelang tiket telah diserahkan oleh seorang penyelia di kaunter tiket kepada tertuduh secara percuma pada hari sebelumnya (12 Julai 2019).

Laporan polis seterusnya dibuat dan hasil siasatan mendapati Dayang Norjihan tidak mengenali tertuduh serta tidak pernah mengarahkan tertuduh untuk mengambil gelang tiket kemasukan ke RWMF 2019 bagi pihak beliau.

Untuk perbuatan terbabit, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda.

Dalam pada itu, selepas dijatuhkan hukum, peguam Jonathan Jalin yang mewakili tertuduh memohon agar diberikan penangguhan pelaksanaan hukuman.

Majistret Syarifah membenarkan permohonan tersebut dan memberikan tertuduh jaminan tunai RM5,000 beserta seorang penjamin tempatan, selain memerintahkan tertuduh melaporkan diri ke balai polis berdekatan sebulan sekali.

Seramai tujuh saksi pendakwaan dan dua saksi pihak pembelaan dilaporkan dipanggil untuk memberikan keterangan dalam kes yang dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.


utusanborneo.com.my/2022/01/20
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.082457 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list