CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 279|Reply: 0

[Sarawak] Pukul isteri gara-gara tak diberi wang, lelaki didenda

[Copy link]
Post time 20-1-2022 08:41 PM | Show all posts |Read mode



KUCHING: Perbuatan seorang lelaki yang memukul isterinya gara-gara tidak diberi wang untuk membeli alat ganti motosikal membawa padah apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.


Majistret Zubaidah Sharkawi juga menetapkan tertuduh, Supandi Yusran, 50, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut, agar dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan isterinya berusia 39 tahun dalam satu kejadian di rumah mereka di Jalan Batu Kawa, di sini, pada 11 Disember 2021, jam 7 malam.

Berdasarkan fakta kes, anak-anak tertuduh iaitu seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun melarikan diri daripada rumah disebabkan ibu mereka (mangsa) telah dipukul oleh bapa mereka (tertuduh) menggunakan pelita kaca, lampu suluh dan tangan.

Difahamkan, tertuduh marah dan bertindak sedemikian setelah mangsa enggan memberi duit yang diminta untuk membeli alat ganti motosikalnya.  

Hasil siasatan juga mendapati tertuduh telah menyebabkan kecederaan di bahagian kepala mangsa.

Oleh itu, laporan polis dibuat oleh adik lelaki tertuduh dan tertuduh seterusnya ditangkap pada hari sama, jam lebih kurang 11.45 malam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin.


utusanborneo.com.my/2022/01/20
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.398593 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list