CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 86|Reply: 0

[Sabah] Jesselton Quay Central sedia ubah landskap bandaraya

[Copy link]
Post time 20-1-2022 08:39 PM | Show all posts |Read mode


]PROJEK: Hajiji (tiga kanan) mendengar penerangan mengenai Projek Jesselton Quay daripada Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif SBC Corporation Datuk Sia Teong Heng (kanan).

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri komited untuk menjadikan Sabah sebagai pilihan yang berdaya maju secara komersial untuk pelaburan hartanah dan destinasi menarik kepada pelancongan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan negeri menyokong peranan utama sektor swasta dalam pasaran hartanah.

Katanya, inisiatif yang didorong pihak swasta akan mendorong momentum ekonomi dalam industri hartanah serta meningkatkan aliran pelaburan dan kepelbagaian ekonomi.
Menurutnya,  secara keseluruhan ia turut mewujudkan peluang ekonomi yang lebih luas dan limpahan ekonomi.

"Seperti yang digariskan dalam agenda pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), strategi ekonomi Sabah adalah untuk mengukuhkan kelompok ekonomi utama.

"Sektor hartanah adalah komponen utama dalam agenda transformasi ekonomi kerana rekod prestasinya yang terbukti dalam membangunkan rangkaian sumber manusia serta dalam pusingan rantaian perbekalan,” katanya sempena Majlis 'Lighting-Up Ceremony Jesselton Quay Central' (JQC) di sini hari ini.

Beliau berkata, JQC iaitu projek usaha sama antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Suria Capital Holdings Berhad dan SBC Corporation Berhad akan menambah satu lagi transformasi kepada landskap bandaraya ini.

Katanya, projek pembangunan bercampur ini terletak secara strategik di kawasan dermaga bandar yang sedang dibangunkan yang akan menjadi pusat dengan kemudahan bertaraf antarabangsa, berlatar belakangkan tepi laut yang indah, dan matahari terbenam yang menakjubkan.

"Pelan induk Jesselton Waterfront City, iaitu Jesselton Quay Central dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) adalah bahagian penting dan pembangunan yang berterusan di lokasi ini.

"Ia adalah petanda baik untuk pembangunan hartanah yang berkualiti dan apabila siap sepenuhnya, ia boleh dikatakan sebagai satu pembangunan infrastruktur di bandaraya ini serta  kebangkitan bahagian lama bandar yang membuahkan hasil,” katanya.

Hajiji berkata, Jesselton Quay dan One Jesselton Waterfront, serta pelengkap pembangunan di kawasan sekitar akan mengubah kawasan dermaga bandaraya ini menjadi satu destinasi yang berwajah baharu.

Beliau berkata, pelan yang dicadangkan untuk membangunkan terminal pelayaran antarabangsa sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk meletakkan Kota Kinabalu sebagai terminal pelabuhan serantau dan antarabangsa kini terlaksana.

Menurutnya, sebagai sebahagian daripada fasa pertama projek pembangunan bercampur Jesselton Quay, JQC dibina terletak di kawasan seluas 16.25 ekar di Pelabuhan Kota Kinabalu dan akan berfungsi sebagai lanjutan dari pusat perniagaan bandaraya.

Katanya, Sijil Layak Menduduki (OC) dijangka diperoleh pada suku pertama tahun ini untuk JQC yang terdiri daripada dua menara suite komersial 25 tingkat, satu menara i-hotel 25 tingkat, galeri beli-belah dan kelab rekreasi bertemakan tropika di podium tingkat atas.


utusanborneo.com.my/2022/01/19
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.085222 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list