CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 89|Reply: 0

[Sabah] AKSA pengiktirafan untuk kecemerlangan anak Sabah

[Copy link]
Post time 20-1-2022 08:36 PM | Show all posts |Read mode


PELANCARAN: Mohd Arifin (kiri) bersama Masidi (tengah) menyaksikan montaj sempena pelancaran majlis itu.

KOTA KINABALU: Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA) adalah usaha kerajaan negeri dalam mengiktiraf bakat anak-anak Sabah yang cemerlang dalam bidang kurikulum.

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ramai dalam kalangan pelajar di negeri ini berjaya mencipta kejayaan di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

Sehubungan itu katanya, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil inisiatif untuk mengenal pasti mereka yang cemerlang untuk diberi pengiktirafan menerusi pemberian AKSA.

"Kita di Sabah ada anak-anak sekolah dan juga universiti yang cemerlang dari sudut kurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"AKSA diberikan kepada mereka ini sebagai tanda penghargaan kerana mengharumkan nama Sabah.

"Ini termasuk kecemerlangan dalam bidang kesenian, keilmuan, dapatan sains yang perlu kita berikan penghargaan dan pengiktirafan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Penyampaian Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) dan Pelancaran BAGUS, BISBAH dan AKSA 2022 di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang diwakili oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Mohd Arifin berkata, anak-anak Sabah yang cemerlang ini boleh berkembang jauh dari sudut bakat dan pencapaian mereka  di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"Tahun lepas kita ada pelajar dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajah Rahmah menjadi johan pidato bahasa Arab peringkat kebangsaan dan pelajar SMAN Papar naib johan pidato bahasa Inggeris peringkat kebangsaan.

"Inilah pencapaian-pencapaian anak Sabah dan begitu juga yang mencipta rekod terbaik peringkat antarabangsa dalam bidang tarian kerana ia satu pencapaian luar biasa yang perlu diiktiraf," jelasnya.

AKSA antara program baharu di bawah inisiatif pembangunan pendidikan bersama program Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS) dan Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH)  yang akan dilaksanakan kerajaan negeri membabitkan jumlah peruntukan sebanyak RM35 juta.

Usaha yang dijalankan itu selaras dengan komitmen kerajaan GRS untuk memartabatkan taraf pendidikan di Sabah.


utusanborneo.com.my/2022/01/19
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.075685 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list