CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 75|Reply: 0

[Sabah] Penghuni rumah berdekatan tanah runtuh diarah pindah

[Copy link]
Post time 20-1-2022 08:27 PM | Show all posts |Read mode


RUNTUH: Pasukan bomba memasang sawar-sawar dan pita kuning bagi mengelak orang awam mendekati kawasan kejadian.

KINABATANGAN: Penghuni rumah diarah berpindah selepas kawasan berhampiran kediaman mereka mengalami kejadian tanah runtuh di Kampung Segaliud, di sini pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.01 pagi.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati terdapat kejadian tanah runtuh di tepi rumah berhampiran sungai di kampung berkenaan.

“Beberapa pemilik rumah berhampiran dinasihatkan untuk keluar ke tempat selamat bagi mengelak kejadian yang tidak diingini,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini tiada rumah yang dilaporkan mengalami kerosakkan ataupun keretakkan pada strukturnya dalam kejadian itu.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak memasang sawar-sawar bagi mengelak kawasan tersebut mengalami runtuhan lebih besar lagi.

“Selain itu, pita kuning turut dipasang supaya tiada orang awam cuba mendekati kawasan tersebut yang boleh mengundang bahaya.

“Pasukan bomba melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan tersebut selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.31 pagi,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/20
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.099523 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list