CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 71|Reply: 0

[Sabah] Yayasan Kebajikan Sabah terima sumbangan RM1.1 juta

[Copy link]
Post time 20-1-2022 08:04 PM | Show all posts |Read mode


SUMBANGAN: Hajiji (tengah) menyaksikan penyampaian sumbangan PETRONAS daripada Siti Ayu (kiri) kepada Rugayah (kanan).

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyaksikan penyampaian replika cek berjumlah RM1.1 juta sumbangan kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) daripada PETRONAS dan Yayasan Tengku Abdullah.

YKS yang dilancarkan kerajaan negeri pada September tahun lepas berperanan dalam membawa agenda kebajikan kerajaan kepada golongan sasar.

Pengarah YKS Rugayah Ag Besar menerima sumbangan berkenaan daripada Ketua PETRONAS Sabah dan Labuan Siti Ayu Haniza Wahab dan sumbangan Yayasan Tengku Abdullah daripada Tengku Bakar di Menara Kinabalu di sini semalam.

PETRONAS menyampaikan sumbangan berjumlah RM1 juta manakala Yayasan Tengku Abdullah iaitu sebuah yayasan inisiatif yang dimiliki oleh Fomema Sdn Bhd menyumbangkan sebanyak RM100,000.


utusanborneo.com.my/2022/01/20
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.075728 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list