CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

[Sabah] 122 mangsa kebakaran ditempatkan di PPS Dewan Nagasiba

[Copy link]
Post time 20-1-2022 08:00 PM | Show all posts |Read mode


LAWAT: Haris bertemu dengan salah seorang mangsa kebakaran yang ditempatkan di PPS Dewan Nagasiba di sini.

PENAMPANG: Seramai 122 mangsa kebakaran kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Nagasiba di sini.

Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah kesemua mangsa mula dipindahkan di PPS terbabit sejak 7 malam pada 19 Januari lalu.

“Kesemua mangsa daripada 26 keluarga terdiri daripada 32 lelaki dan 36 wanita dewasa, 29 kanak-kanak lelaki serta 25 kanak-kanak perempuan,” katanya.

Kesemua mangsa adalah antara 174 penduduk membabitkan 28 keluarga yang kehilangan tempat tinggal selepas kediaman mereka di Jalan Mogonibung, Kampung Koidupan musnah terbakar kira-kira jam 3.30 petang Rabu lalu.

Dalam kejadian itu, sebuah rumah kongsi empat pintu dan empat lagi rumah jenis tidak kekal terbakar keseluruhan dan tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan sebuah kilang cermin dan empat buah rumah berhampiran daripada turut terbakar.

Mujurlah tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kes ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim turut berada di PPS terbabit bagi melawat mangsa kebakaran.

Sepanjang lawatan itu, Haris sempat menyantuni dan meninjau keperluan dari sudut kebajikan mangsa kebakaran berkenaan.

Beliau dan seluruh warga IPD Penampang juga mendoakan kesejahteraan mangsa kebakaran dan berharap semua mangsa terlibat tabah dalam menghadapi ujian ini.


utusanborneo.com.my/2022/01/20
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.484946 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list