CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 354|Reply: 0

[Sabah] SSMRA gesa tangguh larangan, cadangan cukai eksport besi buruk

[Copy link]
Post time 20-1-2022 07:56 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Pertubuhan Kitar Semula Logam Sabah (SSMRA), menggesa kerajaan negeri supaya menangguhkan larangan serta cadangan cukai untuk eksport besi buruk.

Presiden SSMRA Edwin Chen mahu kajian terperinci berhubung keberkesanan larangan berkenaan dilaksanakan berikutan dasar terbabit dilihat tidak adil kepada semua pemain dalam industri.

Katanya, selepas hampir tujuh bulan sejak larangan itu diumumkan, ia masih tidak memberikan sebarang kesan sebagaimana yang dikehendaki kerajaan.

"Terdapat banyak bukti yang menunjukkan pengharaman eksport besi buruk tidak mencapai tujuan asal untuk menurunkan harga besi keluli.

"Timbunan besi buruk yang menggunung di halaman kilang kami menunjukkan kilang keluli tempatan tidak pernah menghadapi masalah kekurangan bahan mentah kerana ia tidak dapat menyerap semua besi buruk keluaran tempatan.

"Ia juga membawa kepada manipulasi harga yang tidak sihat dalam pasaran besi buruk oleh kilang keluli," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu, pihaknya berharap penangguhan itu akan memberi kelegaan kepada peniaga besi buruk akibat menanggung beban menyimpan stok yang menggunung di kilang masing-masing.

Katanya, stok besi buruk yang disimpan oleh ahli-ahli SSMRA sehingga kini dianggarkan berjumlah 40,000 tan.

"Ramai dalam kalangan ahli menghadapi masalah kewangan dan mereka terpaksa berhenti membeli besi buruk di pasaran.

"Keadaan ini pasti akan menimbulkan 'kekacauan' dalam industri kami," jelasnya.

Beliau berkata, semua peniaga dan pemungut besi buruk perlu mengumpul sejumlah besi buruk untuk bertahan dan memperoleh hasil pulangan setiap bulan.

Selain itu katanya, ramai peniaga dan pemungut besi buruk akan terjejas sumber pendapatan sekiranya mereka terpaksa menghentikan operasi.

"Kami merayu kepada kerajaan negeri supaya berlaku adil dan mempertimbangkan kebajikan dan manfaat semua pemain dalam industri ini," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/20
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.061968 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list