CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 0

[Sabah] Penampang daerah ke-20 di Sabah dijangkiti ASF

[Copy link]
Post time 20-1-2022 07:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 20-1-2022 11:54 AM



KOTA KINABALU: Penampang menjadi daerah ke-20 di negeri ini diisytiharkan mendapat jangkitan penyakit Demam Babi Afrika (ASF).

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan (gambar) berkata, wabak terbabit mula dikesan pada 14 Disember 2021 dan merebak ke lima kampung di Inobong, Sugud dan Koidupan Penampang.

Katanya, kes berkenaan melibatkan sebanyak 229 ekor khinzir yang dimiliki enam penternak berbeza dengan anggaran kerugian mencecah RM115,000.

Menurutnya, daerah Penampang mempunyai dua ladang khinzir komersial dengan anggaran jumlah ternakan sebanyak 2,900 ekor.

"Bagi mengelak wabak ASF ini merebak ke daerah berhampiran, kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) akan mengadakan kempen kesedaran di daerah Penampang untuk memastikan rakyat mendapat maklumat mengenai ASF.

"Jabatan berkenaan juga akan memantau dan mengawal pergerakan ternakan terbabit dan produk khinzir supaya tidak ada yang keluar dari Penampang buat masa ini.

"Sejak wabak ASF pertama kali diisytiharkan tahun lepas, sebanyak 10 daerah di Sabah diisytiharkan bebas ASF selepas 60 hari dari kes terakhir dilaporkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, daerah berkenaan adalah Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Telupid, Tongod, Tawau, Lahad Datu, dan Semporna.

Jeffrey berkata, kerajaan sedar mengenai kebimbangan rakyat berhubung isu ASF ini terutamanya sambutan Tahun Baharu Cina yang semakin hampir.

"Bagaimanapun, kami tetap optimis bekalan daging babi di Sabah akan mencukupi bagi memenuhi permintaan.

"Hanya babi dari ladang yang tidak terjejas boleh dihantar ke Rumah Penyembelihan Haiwan (RPH) Inanam untuk disembelih, manakala ladang yang disyaki ada jangkitan akan dilarang," jelasnya.


utusanborneo.com.my/2022/01/20
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.052901 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list