CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 0

[Sabah] Kanak-kanak lelaki hilang ditemukan lemas

[Copy link]
Post time 20-1-2022 07:50 PM | Show all posts |Read mode


LEMAS: Pasukan SAR berhubung dengan kakitangan kesihatan semasa menghantar mangsa di Hospital Pitas.

KOTA MARUDU: Kanak-kanak lelaki yang hilang di Sungai Bengkoka Jalan Hapseng-Kampung Mangkabusu di sini Ahad lalu ditemukan lemas semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Rony Sikawan mangsa ditemukan oleh penduduk kampung yang turut serta dalam operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) bersama agensi keselamatan.

“Mangsa ditemukan pada jam12.05 tengah hari pada jarak 26.26 kilometer (KM) dari lokasi asal mangsa dilaporkan lemas,” katanya.

Menurutnya mangsa berumur 12 tahun itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Pitas dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas.

SAR dijalankan bermula jam 8 pagi dengan pembabitan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta 40 orang awam.

Ronny berkata operasi keseluruhan ditamatkan jam 4 petang.

Terdahulu, mangsa dipercayai lemas ketika berkelah bersama keluarga di tepi sungai terbabit kira-kira jam 2 petang Ahad lalu.

Rony berkata kehilangan mangsa tidak disedari oleh ahli keluarganya dan mangsa yang juga pesakit talasemia hanya dikesan hilang selepas mangsa tidak kelihatan di kawasan tepi sungai terbabit.


utusanborneo.com.my/2022/01/20
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.059891 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list