CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 0

[Sarawak] Bot tunda, tongkang serta lapan kru ditahan atas pelbagai kesalahan

[Copy link]
Post time 20-1-2022 07:47 PM | Show all posts |Read mode


Bot tunda dan tongkang yang ditahan atas pelbagai kesalahan dekat muara Sungai Kemena Bintulu.

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot tunda beserta tongkang disyaki beroperasi menggunakan dokumen kebenaran yang tamat tempoh dekat muara Sungai Kemena Bintulu pada Selasa.

Pengarah Zon Maritim Bintulu Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata lapan individu turut ditahan. Enam daripadanya merupakan kru bot tunda dan nakhoda yang terdiri daripada tiga lelaki warga tempatan, dua lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki warga India mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap.

Dua lagi kru lelaki warga Indonesia yang bekerja di atas tongkang tersebut disyaki melakukan kesalahan melanggar syarat di dalam pasport - bekerja di tempat yang bukan dibenarkan seperti pada dokumen pasport.

Tangkapan dibuat berikutan aduan komuniti maritim setempat dan pemantauan secara berterusan di kawasan yang dipercayai ‘hotspot’ bagi bot tunda beserta tongkang melakukan aktiviti memindahkan muatan yang dibawa dan sering mengganggu laluan keluar masuk di kawasan berhampiran muara Sungai Kemena seterusnya mengundang risiko kepada bot-bot kecil yang melalui laluan muara tersebut.

"Kapal Maritim (KM) Renggis semasa melaksanakan Operasi Permai di sekitar perairan Bintulu telah mengesan sebuah bot tunda beserta tongkang yang sedang leka melakukan kerja-kerja memindahkan muatan ke sebuah tongkang lain di lokasi tersebut sekitar jam lebih kurang 4.35 petang semalam (Selasa)," ujarnya dalam kenyataan pada Rabu.

Maritim Malaysia melakukan pemeriksaan dan geledah ke atas tongkang yang ditahan dan didapati tongkang tersebut disyaki beroperasi menggunakan 'Domestic Shipping Licence' yang juga tamat tempoh.

Muatan disyaki batu lebih kurang 1,000 metrik tan juga didapati telah dipindahkan ke atas tongkang semasa pemeriksaan tersebut.

Semua lapan kru beserta bot tunda dan tongkang ditahan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967, Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukan hukuman denda dan penjara jika disabitkan bersalah.


utusanborneo.com.my/2022/01/20
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.096223 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list