CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 272|Reply: 0

[Sarawak] Jangan rahsiakan jika ada ahli keluarga ketagih dadah

[Copy link]
Post time 20-1-2022 07:45 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Dapatkan bantuan awal sekiranya anak atau ahli keluarga terlibat dalam penyalahgunaan dadah, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah (gambar).

Menurutnya, merahsiakan masalah itu kerana stigma hanya akan memburukkan keadaan dan bahaya kepada keluarga.

"Berapa lama boleh disimpan rahsia sampai satu peringkat berlaku keganasan jenayah peringkat serius. Kita mahu keluarga tahu tanda (penagihan dadah) dan mendapat bantuan seawal yang mungkin untuk anak mereka dan ahli keluarga.

“Kalau sudah ketagih akan menjadi perjalanan yang jauh dan proses yang lama," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bengkel Pelaksanaan Pelan Tindakan Daerah Miri Bebas Dadah di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Muda Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Mohammad Razi Sitam, Setiausaha OSC Menangani Isu Dadah Substans (MIDS) Daerah Miri Edward Tagang dan Setiausaha Eksekutif Majlis Pembangunan Sosial Dr Zufar Yadi Brendan Abdullah.

Berdasarkan statistik Januari hingga Disember 2021, Sarawak merekodkan 7,269 tangkapan melibatkan aktiviti penyalahgunaan dadah dan substans.

Dari jumlah itu, 1, 859 orang di Kuching, 640 orang di Miri, 613 orang di Sibu, 589 orang di Bintulu dan 489 orang di Samarahan.

Fatimah berkata, kadar kejayaan penagih untuk kekal pulih adalah amat rendah kerana ia memerlukan semangat kental penagih membebaskan diri sepenuhnya dari dadah.

Antara langkah yang harus dilakukan ialah memutuskan bekalan dan permintaan dadah serta membantu penagih dengan menghantar mereka ke pusat pemulihan.

"Kita ada dengar pulih, kemudian terjebak, kemudian pulih. Sekarang fokus untuk memastikan cara mengekalkan kepulihan dan mengurangkan stigma tentang penyalahgunaan dadah. Penagih dadah adalah golongan yang perlu dibantu," jelasnya.

Tentang bengkel dua hari itu, ia dianjurkan Majlis Pembangunan Sosial Sarawak, Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti serta Pejabat Daerah Miri yang juga One Stop Committee (OSC).

Fatimah yang juga Pengerusi Jawatankuasa OSC berkata, bengkel yang turut disertai ketua kaum itu untuk menerangkan kerjasama mereka serta diberi pendedahan tentang senario penyalahgunaan dadah dan substans.

Kerjasama secara berpasukan antara agensi penguatkuasa dan masyarakat amat diperlukan untuk menangani gejala ini sepenuhnya, katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/20
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.056692 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list