CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 258|Reply: 0

[Sarawak] Tarian singa dibenarkan atau tidak, tunggu keputusan JPBNS

[Copy link]
Post time 20-1-2022 07:43 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan berbincang untuk membenarkan atau tidak persembahan tarian singa dan naga sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang.

Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Dr Sim Hui Hian (gambar) yang juga Penasihat JPBNS berkata Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah menerima surat rayuan untuk membenarkan tarian singa dan naga dipersembahkan.

“Seperti yang saya katakan, kita mahu sambutan TBC berlangsung dengan selamat kerana virus ini sentiasa berubah dari masa ke semasa. Sebab itu saya mahu kita semua bertahan sedikit lagi, sehingga pandemik ini beralih kepada endemik dimana tahun lepas sahaja kita kehilangan 4,000 nyawa,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kai Nang di Samarahan dekat sini hari ini.

Tambah Dr Sim, melihat kepada kes harian COVID-19 di Sarawak yang tidak konsisten penting untuk semua mendapatkan vaksin.

Malah katanya beliau sendiri sudah dua tahun tidak ke luar bagi memenuhi jemputan ceramah atas kebimbangan jangkitan.

Dalam pada itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) sambutan Tahun Baru Cian yang dikeluarkan JPBNS pada 13 Januari lepas persembahan tarian singa atau naga adalah tidak dibenarkan.

Manakala mengikut SOP sambutan yang dikeluarkan Putrajaya semalam membenarkan tarian singa atau naga tertakluk kepada SOP industri kreatif.

Bagaimanapun Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri semalam berkata JPBNS akan berbincang mengenai perkara ini sebagai maklum balas kepada beberapa cadangan orang ramai.


utusanborneo.com.my/2022/01/20
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.057624 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list