CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 68|Reply: 0

[Sarawak] Ketua Menteri mahu tindakan segera projek lewat siap

[Copy link]
Post time 20-1-2022 07:41 PM | Show all posts |Read mode
PULAU BRUIT, DARO: Kelewatan pelaksanaan projek-projek kemudahan awam seperti yang diadu para wakil rakyat mendapat perhatian Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol yang berkata demikian menambah, justeru Ketua Menteri telah mengarahkan semua agensi kerajaan agar bertindak segera.

“Saya difahamkan sejurus selepas pilihan raya baru-baru ini, YAB Ketua Menteri telah mengarah supaya semua agensi berkaitan untuk bertindak segera terhadap banyak aduan dari wakil rakyat tentang projek-projek kemudahan awam yang lambat dilaksanakan atau terdapat juga beberapa projek yang dikategori sebagai ‘projek sakit’,” katanya ketika dihubungi, pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai projek-projek kemudahan awam di kawasannya Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop sempena lawatan kerja tiga harinya ke sembilan rumah panjang dan kampung.


Abdullah menyampaikan sumbangan dana kepada Tuai Rumah Jinga. Turut kelihatan, Penghulu Khatib Julaihi dan Kaunselor Rosita Jahari di Dewan Kampung Semop, pada Khamis.

Semasa lawatan kerja itu, beliau mengambil kesempatan berjumpa dengan pemimpin serta masyarakat kampung dan rumah panjang untuk memberi penjelasan tentang status pelaksanaan beberapa projek kemudahan awam yang telah mereka pohon, terutama yang melibatkan kes pelaksanaan belum bermula atau projek lewat siap.

Beliau amat memahami kegelisahan mereka dan turut kecewa dengan situasi tersebut.

“Kami sering berhubung dengan agensi berkaitan untuk mempastikan projek-projek terutama yang telah diluluskan awal tahun lepas dilaksanakan dengan segera. Saya yakin situasi ini bukan sahaja dialami di DUN Semop tetapi juga di kawasan lain,” katanya.

Mengulas lanjut tentang perancangan beliau untuk DUN Semop, beliau berkata senarai projek-projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk dilaksanakan pada 2022 bagi DUN Semop telah diserahkan kepada Pejabat Residen Mukah dan Pejabat Residen Sarikei pada awal November tahun lepas.

Sementara itu, semasa lawatan kerja, beliau menyampaikan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM275,800.00.

Antara penerima sumbangan tersebut ialah 49 JKKK rumah panjang (RM123,000.00), tiga JKKK kampung (RM14,000.00), 21 jawatankuasa masjid dan surau (RM52,500.00), satu PIBG (RM25,000.00) dan tujuh kelab/ persatuan (RM61,300.00).

Sumbangan dana ini adalah untuk menampung aktiviti yang dirancang dan membiayai pembelian barangan diperlukan.


utusanborneo.com.my/2022/01/20
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.078508 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list