CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 69|Reply: 0

[Sarawak] Penampang Daerah Terbaru Diisytiharkan Kawasan Wabak ASF

[Copy link]
Post time 20-1-2022 07:30 PM | Show all posts |Read mode
Penampang Daerah Terbaru Diisytiharkan Kawasan Wabak ASF

KOTA KINABALU : Penampang menjadi daerah ke-20 diisytiharkan sebagai daerah wabak Demam Babi Afrika (ASF) di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, virus itu mula dikesan pada 14 Disember 2021 dan telah merebak ke lima kampung di Inobong, Sugud dan Koidupan.

“Kes itu melibatkan sebanyak 229 ekor khinzir belakang rumah milik enam pemilik berbeza dan kerugian dianggarkan mencecah RM115,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan berkata, Penampang mempunyai dua ladang babi komersial dengan anggaran 2,900 ekor.

Katanya, bagi mengelak wabak itu merebak ke daerah berhampiran, kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) akan mengadakan kempen kesedaran di daerah itu bagi memastikan rakyat mendapat maklumat mengenai ASF.

“Jabatan itu juga akan memantau dan mengawal pergerakan babi dan produk khinzir bagi memastikan tiada yang keluar dari Penampang buat masa ini.

“Sejak wabak ASF pertama kali diisytiharkan tahun lalu,  sebanyak 10 daerah telah diisytiharkan bebas ASF selepas 60 hari berlalu sejak kes terakhir dilaporkan,” katanya.

Katanya, daerah terlibat ialah Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Telupid, Tongod, Tawau, Lahad Datu, dan Semporna.

“Kerajaan menyedari kebimbangan rakyat terutamanya menjelang Tahun Baru Cina yang semakin hampir.

“Bagaimanapun, kami tetap optimis bekalan daging babi di Sabah akan mencukupi untuk memenuhi permintaan,” katanya.


sabahmedia.com/2022/01/20
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.176978 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list