CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 257|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 20/01/2022

[Copy link]
Post time 20-1-2022 07:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 21-1-2022 01:20 PM



COVID-19 : Kluster Libatkan Kakitangan, Pelajar Madrasah Dikesan Di Putatan

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan satu lagi kluster baharu COVID-19 melibatkan institusi pendidikan yang dilaporkan hari ini melibatkan seorang guru madrasah di daerah Putatan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata,  Kluster Pandan Pandan itu tercetus selepas kes indeks berusia 53 tahun yang mengajar di Madrasah Darul Hadis, Kampung Pandan Pandan disahkan positif selepas menjalani saringan bergejala.

“Beliau yang mengalami gejala batuk, demam dan selesma menjalani saringan pada 17 Januari dan disahkan positif COVID-19.

“Saringan keatas kontak rapat yang terdiri daripada keluarga kes indeks, kakitangan dan pelajar-pelajar madrasah mendapati 15 orang lagi telah dijangkiti menjadikan jumlah keseluruhan yang positif dalam kluster ini sebanyak 16 orang,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, daripada jumlah itu sebanyak 14 kes baharu dilaporkan hari ini.

Katanya, punca peningkatan kes baharu dalam beberapa  hari kebelakangan ini banyak berpunca daripada kemunculan kluster-kluster baharu di beberapa daerah.

“Selain daripada Kluster Pandan Pandan Putatan (+14), kluster Jalan Pertukangan Sandakan (+9), kluster Puri Ranau (+9) dan kluster Sungai Trayon Kinabatangan (+54) merupakan penyumbang besar kes harian di Sabah dan hari ini berjumlah 86 kes.

“Sejumlah 86 kes baharu daripada empat Kluster di Sabah mengakibatkan kes harian melambung tinggi kepada 256 kes hari ini dan jumlah ini merupakan 14 kes lebih tinggi daripada catatan semalam,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, kemunculan kluster di beberapa daerah turut mempengaruhi jumlah kes harian di daerah-daerah tersebut.

Katanya, jumlah kes di Kinabatangan melonjak tinggi kepada 55 kes hari ini daripada satu kes sahaja semalam kerana penambahan 54 kes baharu daripada Kluster Sungai Trayon, Putatan 21 (+16) dan Ranau 12 (+6).

“Penstabilan Kluster Jalan Pertukangan Sandakan pula mengurangkan kes harian di daerah tersebut daripada 74 kes semalam kepada 12 kes (-62) sahaja hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, jumlah kanak-kanak positif COVID-19 bawah usia 12 tahun yang dicatat hari ini agak tinggi, iaitu seramai 38 orang atau hampir 15 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.

Katanya, sementara itu 29 orang (11.3%) pesakit baharu yang didaftar hari ini didapati belum menerima vaksin.

“Kedua statistik ini adalah satu gambaran bahawa masih ada dikalangan masyarakat yang cuai dengan mendedahkan anak-anak kecil mereka kepada risiko jangkitan virus COVID-19 sedangkan mereka belum layak divaksin; dan masih ramai orang yang sepatutnya layak menerima vaksin pula belum atau enggan divaksin.

“Daripada 256 kes baharu hari ini, seramai 252 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga orang dalam Kategori 3 dan seorang dalam Kategori 5,” katanya.


sabahmedia.com/2022/01/20
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.053835 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list