CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6385|Reply: 120

[Tempatan] Update:Bukan makanan RMT: Mohd Radzi

  [Copy link]
Post time 20-1-2022 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 20-1-2022 06:24 PM


SHAH ALAM – Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin tampil menjelaskan gambar nasi putih dan kuah yang tular bukan makanan yang disediakan untuk murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Menurutnya, wakil Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan pemilik Facebook yang menularkan mengenai gambar makanan tersebut.

“Siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah.

“Makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Khamis.

Beliau menegaskan KPM sentiasa berusaha menambah baik program RMT termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima program tersebut.

“Buat masa ini, pemberian susu kepada murid RMT telah ditambah daripada dua kali seminggu kepada setiap hari persekolahan mulai tahun 2021,” katanya.

------------

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) merupakan pemberian makanan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan.

Menerusi semakan di portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bajet yang diperuntukkan bagi seorang pelajar di Semenanjung adalah sebanyak RM2.50 bagi setiap murid manakala di Sarawak, Sabah dan Labuan RM3.00 bagi tempoh 190 hari

Namun, di sebalik pemberian makanan percuma ini seorang wanita menerusi status yang dimuat naik di laman Facebook, tampil meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan makanan yang diterima oleh cucu saudaranya. Wanita ini mendakwa makanan tersebut merupakan makanan RMT yang diterima di sekolah sebelum dibawa pulang ke rumah.

Menerusi foto yang dikongsi, dapat dilihat satu bungkusan nasi dengan sedikit kuah tanpa sebarang lauk mahu pun sayur-sayuran.

Cucu saudara bawak balik dekat mak dia makanan RMT. Sadis betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah? Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak?

Sebelum ini budak-budak mengadu makanan RMT tidak sedap, kita pun beritahu kena bersyukur sebab masih ada makanan. Tapi, ini makanan untuk siapa? Ayam?

Mengulas lebih lanjut, wanita ini turut berpendapat pihak kantin tidak sepatutnya dipersalahkan sepenuhnya dan meminta pihak berkenaan untuk mengkaji semula bajet yang diberikan supaya tidak mendatangkan masalah buat kedua-dua pihak.

Tidak tahu salah siapa dalam hal begini. Tapi saya rasa perlu disiasat kenapa diberi makanan seperti ini kepada penerima RMT. Sudahlah senarai penerima RMT wajib sekolah hari-hari tanpa penggiliran. Makanan begini yang dikatakan ‘mampu memacu pendidikan kita?’

Hal begini bukan hendak menyalahkan kantin sepenuhnya. Bajet rendah, ********* harus beri bajet baru supaya tiada pihak tertekan. Pihak kantin gembira, anak-anak makan dengan senang hati.

Respon Menteri Pendidikan

Ujar Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pihak KPM memandang serius dengan dakwaan tersebut dan siasatan lanjut akan dibuat bagi mengenal pasti sekolah yang terlibat.

Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid.

Sumber: Zurina Hassan




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 10:51 AM | Show all posts
kawan aku cakap tak senang nak dapat tender kantin nih,
tapi kalau susah kualiti haruslah tip top khensssss
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau perkara ini dilapurkan melalui "saluran resmi"...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
zaman ai dulu RMT ni mewah sangat.sedap.zaman mahadhir.ada jasa juga
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
lauk ank ang mkn..apala

RiP
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 11:12 AM | Show all posts
Nasi dgn kuah paprik aje ke tu? Kesiannya la haii...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2022 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya tengok.
Bagilah makanan seperti ini kepada mereka.


geojson editor

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 11:25 AM | Show all posts
kalau begini sepatutnya tukar terus tender..  kalu jadik lagi bagi RMT ni orang lain handle
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 11:25 AM | Show all posts
pengusaha kantin pun rasuah gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 11:25 AM | Show all posts
angelofish replied at 20-1-2022 11:06 AM
zaman ai dulu RMT ni mewah sangat.sedap.zaman mahadhir.ada jasa juga

betul..

teringat dulu²...i x dpt makanan rmt...
tapi kebetulan hari tu sampai lewat ke sekolah..
lepas masuk pintu pagar sekolah terus cikgu panggil pegi kantin..
ingatkan kena denda..tapi kena makan makanan rmt yang lebih..mmg sedap dan menyelerakan..

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Viral.jangan tak viral.baru ada tindakan. kucing pun tak sanggup nak telan usahkan anak manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Bawak blkkan? Ke anak hang yg ratah lauk dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada pengusaha kantin borong kat NSK.  Dah tu jual kat sekolah mahal mcm siakk...dah lah tak sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 11:35 AM | Show all posts
sudu pun xde...kena complete sume kan...tisu...kicap...ayaq sirap ka
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 11:46 AM | Show all posts
zaman 90an dulu sedap RMT ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 11:49 AM | Show all posts
kesian,yg bg tu dah la bebudak miskin,ko bg plak makanan mcm tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 11:50 AM | Show all posts
kalau di korea makanan utk pelajar selalu the best & healthy
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman dulu mmg cikgu akan check apa RMT mkn. Ada susu kotak 1, buah, main course nasi. Ni cikgu tak jaga tak check ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 12:04 PM | Show all posts
RMT mesti makan di sekolah. Tak boleh bawa balik. Sekarang ni semua penerima RMT makan di kelas masig-masing. ada kemungkinan murid makan lauk dulu seperti ayam gorang. Kalau betul menunya begitu, KPM mesti bertindak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 12:06 PM | Show all posts
ramai komen (rasanya pengusaha kantin) cakap menu macam tu sebab bajet ciput. tapi hairan, kenapa kat sekolah-sekolah lain dapat ja bagi makanan yang okay untuk pelajar?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.088781 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list