CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 783|Reply: 4

Alfie Zumi Dipukul Kumpulan Lelaki Bermotosikal, Ramai Risau Rupanya Gimik Je?

  [Copy link]
Post time 20-1-2022 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Alfie Zumi berdepan detik cemas selepas dipukul sekumpulan lelaki bermotosikal dalam satu kejadian yang berlaku di sebatang jalan raya di Bandar Sri Damansara.


Ketika dihubungi Kosmo! Online, Alfie, 28, memaklumkan kejadian tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan memandu kereta ke Bukit Jalil untuk menerima suntikan dos penggalak.


Ketika dalam perjalanan, penyanyi itu terserempak dengan sekumpulan lelaki menunggang motosikal yang menghalang laluan jalan raya pengguna lain.


Foto: IG






“Saya membunyikan hon agar memberi laluan kerana mereka menunggang secara berkumpulan.


“Selepas memotong kumpulan bermotosikal itu, tiba-tiba mereka mengejar dan menahan kereta saya sebelum salah seorang daripadanya menarik saya keluar dari dalam kereta,” katanya.








Ujar pelantun lagu Sudah Ditentu itu, kumpulan lelaki tersebut telah memukul dengan tangan sebelum bertindak meninggalkannya di tepi jalan.


“Mujur saya tidak mengalami kecederaan serius. Cuma luka dan lebam di beberapa anggota badan,” jelasnya.


Bagaimanapun, Alfie berkata, dia enggan membuat laporan polis kerana tidak mahu memperbesarkan kejadian tersebut.




  





  



“Saya harap setiap konvoi bermotosikal yang melakukan perjalanan secara berkumpulan sedar akan peraturan dan cara mengendara kenderaan mereka ketika di atas jalan raya.


“Elakkan menunggang motosikal secara berkelompok kerana boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain,” katanya. -CARI




Update: Semua gimik sahaja.



  

Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau tak bangang tak sah ke jd artis picisan?kalau la geng2 yg belakon tu kena pukul dgn org mmg saja la
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh my english..ko tulis bahasa melayu jelah dik..buat gimik mcm ni mmg la menjadi tp still iolls whoruss kan je..bodoh nye keje mcm ni..dr org xknal now org still xnk kenal tp nama da busuk
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 02:15 PM | Show all posts
Sapa pulak cakcibor niwehhh? halh halah ahalah
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 02:37 PM | Show all posts
kenapa la artis2 baru ni suka buat gimik tah pape... tapi di sebabkan herlokkk kaka masih boleh maafin dan terima...

kecuali shuk jantan keparat tu yang buat gimik jual air tepi jalan... lepastu ada customer datang dan baling2 air heolsss... yang tu kalau kaka ada kat sebelah kaka dah langgar dah gerai2 dia sambil buat2 tak nampak dan bagi kad oku palsu supaya terlepas.... asalkan puas ati akuuuu... dah nak gimik sangat kan... apa kata buat bebetul jah terus... iols sanggup lakukannya secara sukarela...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.072930 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list