CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 983|Reply: 11

[Tempatan] Lebih 800,000 penjawat awam tergolong dalam B40.

[Copy link]
Post time 19-1-2022 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 20-1-2022 08:32 AM

PETALING JAYA: Lebih 800,000 penjawat awam di negara ini tergolong dalam kumpulan penerima gaji lebih rendah daripada Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) berikutan sistem penggajian dan saraan tidak dikaji dan distruktur semula sejak 2002.

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, berkata penjawat awam dengan gred lantikan 19 masih memperoleh pendapatan di bawah RM2,000 meskipun selepas menerima Bantuan Sara Hidup (COLA), Imbuhan Tetap Perumahan dan Elaun Khidmat Awam.

Berikutan itu, Adnan menggesa kerajaan untuk menyegerakan kajian semula terhadap sistem penggajian dan saraan kerana ia disifatkan sudah tidak relevan dengan kenaikan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung kini.

"Daripada 1.62 juta penjawat awam, lebih 800,000 daripadanya terdiri daripada golongan B40 iaitu mereka dengan gred 19 yang jika terlantik, gaji permulaan diterima hanyalah RM1,208.

"Jika ditambah COLA dan pelbagai elaun lagi, pendapatan mereka hanya mencecah RM1,950 dan ia masih di bawah PGK ditetapkan iaitu RM2,208 jadi kerajaan perlu segera ubah sistem penggajian dan saraan yang tidak relevan sekarang kerana sudah berlangsung selama 20 tahun.

"Gaji tidak naik menyebabkan kuasa membeli penjawat awam semakin mengecil sedangkan harga barang terus meningkat. Ini sememangnya memberi kesan kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Dr Abdul Fattah Abdullah di Wisma Ungku A Aziz, di sini.

Antara agenda yang dibincangkan CUEPACS dan ANGKASA dalam mesyuarat itu termasuk kaedah yang boleh dimainkan koperasi bagi membantu penjawat awam untuk menghadapi kesan kenaikan kos sara hidup yang berlaku kini.

Adnan berkata, ANGKASA melalui pelbagai koperasi di bawahnya akan membekalkan lebih 100 barangan harian kepada penjawat awam di negara ini pada harga lebih murah berbanding harga pasaran.

Pada masa sama, beliau juga menggesa supaya semua ketua perkhidmatan awam mengaktifkan koperasi dalaman dengan menyediakan ruang di setiap kementerian bagi membekalkan barangan keperluan asas kepada penjawat awam pada harga yang lebih murah.

Langkah itu katanya, selain sebagai tanda sokongan kepada penjawat awam, ia juga dapat memastikan harga barangan harian dapat dikawal sekali gus mengelak daripada golongan yang gemar mengambil kesempatan.

Sementara itu, Abdul Fattah berkata, setakat ini sambutan yang diterima koperasi di bawah ANGKASA dalam pembekalan pelbagai jenis barangan harian kepada penjawat awam sangat menggalakkan.

Setakat ini katanya, terdapat 3,000 koperasi yang sudah dikenal pasti ANGKASA dan 2,000 daripadanya sudah mendaftar untuk Program Barang Asas 100 (BA100) membabitkan penjualan barangan keperluan harian termasuk secara dalam talian.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bibik pun dah mintak RM2000 kat grup Facebook.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
igetso replied at 19-1-2022 10:47 PM
Bibik pun dah mintak RM2000 kat grup Facebook.

Nak mintak 3000 pun ok.tp kena cari majikan taukoon la. ada berapa saje kat Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Last2 gaji bibik lagi tinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuepacs nampak yang tue jer.

Yang keluar pukul 10 minum pagi, pkl 12
ambil anak, pukul 4 ambil anak lagi pastu pukul 5 balik.. yg nie tak kisah plak..

Rs kena kurangkan la jumlah org gov nie..bagi multi tasking skit baru bole demand naik gaji.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
gaji gomen dah besar dah, gaji pekerja swasta byk lagi yg rendah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2022 11:24 PM | Show all posts
Gaji mula 1200 tapi kan kee naik tiap2 thn.
Ada kelebihan plak tu buat loan rendah..apa yg susàhnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 20-1-2022 08:28 AM
Cuepacs nampak yang tue jer.

Yang keluar pukul 10 minum pagi, pkl 12

Ni sekadar pemerhatian aku yg tak luas mana..situasi tu mungkin banyak berlaku di pejabat2 kerajaan di peringkat daerah..anyone boleh share pengalaman/pemerhatian korang pasal ni tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Zmn skrg ni  kerja2 par ni akan digantikan dgn mesin...lglah kesian
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak naik gaji kena la implement gst balik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 20-1-2022 08:28 AM
Cuepacs nampak yang tue jer.

Yang keluar pukul 10 minum pagi, pkl 12

Memang ramai yang goyang kaki.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 25-1-2022 12:06 AM
Zmn skrg ni  kerja2 par ni akan digantikan dgn mesin...lglah kesian

Siapa suruh diorang malas belajar masa kat sekolah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.126105 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list