CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 573|Reply: 9

[Politik] Masyarakat India kecewa SOP Thaipusam ketat, pasar malam dan pusat beli belah boleh pula.

  [Copy link]
Post time 19-1-2022 08:40 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Sambutan Thaipusam dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat pada saat-saat akhir menyebabkan hampir keseluruhan masyarakat India kecewa dengan kerajaan hari ini.

Malah sudah ada bayangan kerajaan hari ini berkemungkinan besar akan hilang sokongan dengan tindak-tanduk tidak popular membelakangkan suara masyarakat India negara ini, dedah Menteri Sumber Manusia,, Datuk Seri M Saravanan hari ini.

Kata Saravanan, beliau dihujani soalan dan kemarahan puluhan ribu  penganut Hindu berikutan pelbagai SOP begitu ketat bagi sambutan Thaipusam seluruh negara.

“Mereka tanya saya soalan-soalan sukar untuk saya jawab, bagaimana pasar malam dan pusat beli belah seperti Pavilion boleh benarkan kehadiran pengunjung ribuan orang pada satu-satu masa tetapi untuk sambutan keagamaan seperti pelbagai SOP di perkenalkan atas nama Covid-19?

“Bagaimana saya hendak jawab? Tolong cakap dengan saya kerana apa sahaja berkaitan dengan komuniti India, saya dan MIC akan jadi sasaran dulu.

“Yang tentukan SOP ini adalah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga Kementerian Kesihatan (KKM) yang diterajui oleh Khairy Jamaluddin tapi ironinya saya dan Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Saddique jadi sasaran terutamanya dalam media sosial. Kami dipersalahkan, kami di maki hamun dan segala macam,” katanya yang juga Timbalan Presiden MIC ketika berucap kepada pengunjung kuil Subramaniyar Batu Caves hari ini.

Jelasnya, walaupun tindakan kerajaan pada saat-saat akhir mengeluarkan syarat-syarat ketat  untuk memastikan penularan Covid-19 tidak terjadi tetapi rasional keputusan ini masih dipersoalkan.

“Rata-rata masyarakat India sangat kecewa, tidak gembira dan marah dengan SOP Thaipusam kali ini, jangan ingat komuniti India ini kecil, undi mereka amat signifikan. Anda ingat dengan kekalahan besar Barisan Nasional pada 2018? Sokongan masyarakat India beralih arah?

“Semua kecewa dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini dan saya jadi sasaran kerana saya juga adalah sebahagian daripada kerajaan ini,” tambahnya.

SOP sambutan perayaan itu yang antaranya menetapkan hanya upacara ‘paal koodam’ atau menjunjung belanga mengandungi susu, aktiviti sembahyang dan perjalanan pedati, dibenarkan pada Thaipusam kali ini.

Upacara ‘paal koodam’ dibenarkan bermula 14 hingga 19 Januari dengan penetapan jumlah kehadiran berbeza mengikut kuil, manakala acara ‘kavadi’ serta gerai sementara tidak dibenarkan.

Kuil  Subramaniyar Batu Caves yang sentiasa menjadi tumpuan jutaan pengunjung dan penganut ketika Thaipusam hanya dihadkan kepada 6,000 orang sahaja walaupun rayuan telah dibuat oleh pengurusan kuil sebelum ini.

Luah Saravanan lagi, ada pula segelintir pihak mengambil peluang mengeruhkan lagi keadaan dengan menyebarkan kandungan media sosial yang menimbulkan rasa marah umum kepadanya.

https://malaysiagazette.com/2022/01/18/sop-thaipusam-masyarakat-india-kecewa-dengan-kerajaan-saravanan/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Saravanan ni bukan jaga human resource ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti le kecewa.  Cina melayu pun sama kecewa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 04:05 PM | Show all posts
"Malah sudah ada bayangan kerajaan hari ini berkemungkinan besar akan hilang sokongan dengan tindak-tanduk tidak popular membelakangkan suara masyarakat India negara ini, dedah Menteri Sumber Manusia,, Datuk Seri M Saravanan hari ini."

hilang sokongan nak ke mana Sara oi...
Banyak ke MIC menang kerusi itu hari?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa la semua merasa pun gitu...org gi masjid pun sop ketat gak, tapi kt pasar malam , mall etc berduyun..ikut je la SOP...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 05:06 PM | Show all posts
Semua bangsa dan agama di tanahair dah luahkan rasa kecewa bila tak dapat beribadat macam dulu bukan mereka ni je.  Ke kerana kali ni baru mereka benar2 rasa tertekan dengan bermacam sop berbanding tahun sudah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2022 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Org masjid dah lama rasa, ko skrg baru nak bunyik?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
tak payah jadi menteri la kalau soalan rakyat pun tak boleh jawab.. boleh mati ke kalau tak sambut besar-besaran? orang Islam raya dekat rumah je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok je org akur sambut raya posa dan raya haji berturut kt rumah, tak merentas negeri...demi negara
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa ni dh pandai menyalak skrg
Ikut perangai sepet
Duduk sini xtahu bersyukur
Berambus blk negara asal ko lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.080472 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list