CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1341|Reply: 24

[Tempatan] Majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina tidak dibenarkan, makan besar dan tarian singa/naga dibenarkan.

  [Copy link]
Post time 19-1-2022 08:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 19-1-2022 08:41 PM

PUTRAJAYA – Kementerian Perpaduan Negara hari ini memaklumkan program makan besar pada malam sambutan Tahun Baru Cina dibenarkan kepada semua masyarakat Tiong Hua pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Halimah Mohamed Sadique berkata, bagaimanapun jamuan itu hanya dibenarkan kepada keluarga terdekat sahaja tanpa melibatkan orang luar.

“Selalunya jamuan makan besar bersama keluarga ini hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan bukan sesiapa saja yang akan datang menyertai jamuan sedemikian,” katanya ketika mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022 di pejabatnya, hari ini.

Hadir sama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Dalam pada itu, sebarang majlis rumah terbuka bagi sambutan Tahun Baru Cina adalah tidak dibenarkan.

Halimah berkata, hanya majlis resepsi Tahun Baru Cina dibenarkan untuk dianjurkan bagaimanapun ia hanya dibenarkan dibuat di ruang tertutup dan melibatkan jemputan yang terhad.

“Yang dipersetujui oleh jawatankuasa protem dan Kementerian Kesihatan (KKM) ialah jamuan tertutup Tahun Baharu Cina, yang hanya dibenarkan kepada mereka yang mendapat jemputan saja. Tidak ada sesi berterusan berkali-kali, hanya sekali sahaja,” katanya lagi.

Kebenaran itu diberikan dengan kapasiti 50 peratus ruang dan mesti mengamalkan penjarakan fizikal.

“Persembahan tarian singa dan naga dibenarkan dan tertakluk kepada SOP Industri Kreatif,” katanya lagi.

Selain itu, turut dibenarkan adalah upacara sembahyang khas diadakan pada 1 dan 2 Februari ini di rumah ibadat dengan mengikut SOP Pembukaan Rumah Ibadat dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat.

Turut dibenarkan adalah sembahyang khas masyarakat Hokkien pada 8 dan 9 Februari dan sembahyang Chap Goh Mei pada 15 Februari dan mesti mengikut SOP Pembukaan Rumah Ibadat Selain Islam.

https://malaysiagazette.com/2022/01/19/makan-besar-tahun-baru-cina-dibenarkan-tiada-rumah-terbuka/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan la cina kena nanti melayu tak kena.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai lagi 5 tahun kot..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah ini satu berita?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu utk org cina,  utk org melayu disyaki semua melayu balik kg ziarah sana sini cakap bersembur sana sini jangkit virus 1 kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 08:36 AM | Show all posts
ninja boy replied at 20-1-2022 08:31 AM
Itu utk org cina,  utk org melayu disyaki semua melayu balik kg ziarah sana sini cakap bersembur san ...

Kan.. Yang balik kampung merentas negeri pula macam mana? Deepavali tempoh hari boleh pulak balik kampung

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2022 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti time raya aidilfitri kena wajib 3 dos baru bleh tak gitu memanda menteri?

Iols sampai dah tak kesah pasal raya, dulu raya laa hari yg paling dinanti2kan.
Tp skrg gasaklaa lebih baik jangkakan kekecewaan jadi nanti takkan rasa kecewa dah.
So sapa2 yg berangan nak beraya tu takyah la berharap apa2 pun.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Jiran cina aku okeh ja..lebih selamat di rumah katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Raya Melayu nnti jgn lupa check kasut. Drone pun jgn lupa pasang tau.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 08:53 AM | Show all posts
Edited by capiloton at 20-1-2022 08:54 AM

polis tak nak kira selipar ker kali nih?

budus.

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 09:02 AM | Show all posts
rumah terbuka tak dibenarkan. tapi ziarah menziarahi boleh?
iols selalu je raya rumah kawan cainis...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Woww..  syok le boley berdansa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila masa orang Cina buat rumah terbuka?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2022 11:51 AM | Show all posts
takpe kalau tak dpt nak jalan jalan time cny boleh duduk rumah buat makan makan pastu jemput lah kawan dtg yg penting sentiasa jaga sop. oh ckp makan makan teringat video i baru tengok tadi, petronas cny cantik videonya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2022 11:55 AM | Show all posts
fidra replied at 6-2-2022 11:51 AM
takpe kalau tak dpt nak jalan jalan time cny boleh duduk rumah buat makan makan pastu jemput lah kaw ...

aku pun baru tengok video petronas 366 cny tu weh. mmg best sbb kalau musim perayaan petronas mesti keluarkan video yg best. kali ni ads short film https://www.facebook.com/petronas/videos/950446892256068/
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2022 12:01 PM | Show all posts
ainamafan replied at 6-2-2022 11:55 AM
aku pun baru tengok video petronas 366 cny tu weh. mmg best sbb kalau musim perayaan petronas mest ...

betul, this one lah i tengok tu. memang petronas punya ads i tak pernah skip sbb jalan cerita dia memang lain. yg kali ni short film pulak lagi lah tak sangka sbb ber episode untuk sepanjang musim peryaan. memang lain dprd yg lain.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2022 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 25-1-2022 09:29 AM
Bila masa orang Cina buat rumah terbuka?

Motif tak pernah pegi open house Chinks?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2022 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 20-1-2022 08:53 AM
polis tak nak kira selipar ker kali nih?

budus.

Polis takut terkira selipar gengsta 9 dragon.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2022 12:09 PM | Show all posts
fidra replied at 6-2-2022 12:01 PM
betul, this one lah i tengok tu. memang petronas punya ads i tak pernah skip sbb jalan cerita dia  ...

betul yg ep ke 2 nanti sambung masa raya pulak. suspen betul ceritanya tapi mmg power lah petronas boleh buat cerita mcm ni memang tak expect.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2022 01:26 PM | Show all posts
ok la tu... walaupun 50% dr capacity dibenarkan tp masih boleh buat adat makan besar tu... berbanding dgn kita raya tahun lepas yg paling teruk rasanya.... smpaikan jiran sebelah2 pun tak boleh datang... sunyi sungguh raya tahun lepas.... raya berdua jer dgn husband...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.868731 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list