CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 377|Reply: 2

[Tempatan] Hakim nasihat Syed Saddiq berhati-hati ulas kes mahkamah di media sosial

  [Copy link]
Post time 19-1-2022 08:00 PM | Show all posts |Read mode
Hakim nasihat Syed Saddiq berhati-hati ulas kes mahkamah di media sosial

https://www.malaysiakini.com/news/607502

Diterbitkan:  Jan 19, 2022 3:19 PM⋅
Dikemaskini: 3:21 PM



Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menasihatkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung kesnya di mahkamah.

Hakim Mohamed Zaini berkata bekas Menteri Belia dan Sukan itu perlu membezakan kedudukannya sebagai ahli politik dan sebagai tertuduh ketika mengeluarkan kenyataan.

“Saya memahami kesusahannya tetapi beliau tidak boleh mencampuradukkan semua, sebagai seorang ahli politik dan tertuduh. Saya pasti dari semasa ke semasa anda (peguam) akan dapat menasihatinya tentang apa yang boleh (berhubung hantaran di media sosialnya),” kata hakim pada prosiding sebutan kali pertama kes itu di Mahkamah Tinggi hari ini.

Hakim itu menasihati Syed Saddiq susulan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Shaharuddin Wan Ladin mengingatkan tertuduh supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan berhubung empat pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan wang sumbangan yang dihadapinya dalam media sosial.


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Wan Shaharuddin menasihatkan Syed Saddiq agar tidak mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan dirinya berhubung kes dihadapinya di dalam Facebook sebelum perbicaraan bermula.

“Ini bukan satu gag order (perintah larangan) cuma nasihat daripada orang yang lebih matang daripada tertuduh. Sebelum ini terdapat beberapa posting di Facebook beliau yang komen tentang perjalanan kes ini dan telah mengemukakan pembelaannya.

“Saya cuma mengingatkan tertuduh agar lebih berhati-hati kerana pembelaan yang beliau kemukakan dalam Facebooknya boleh digunakan terhadapnya,” kata Wan Shaharuddin.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq berkata anak guamnya perlu diberi ruang yang lebih fleksibel bagi menjelaskan kepada orang ramai yang ingin mengetahui mengenai kes yang dihadapinya di mahkamah, namun, peguam itu mengambil maklum mengenai teguran hakim berkenaan.

Pada prosiding hari ini, mahkamah juga menetapkan 22 hari bermula 7 hingga 10 Jun, 20-22 Jun, 27 dan 28 Jun serta 4-8 Julai, 13-15 Julai dan 18-22 Julai untuk perbicaraan kes yang tarikh tersebut telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Terdahulu, Syed Saddiq, 29, mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan wang sumbangan untuk kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14) selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim Mohamed Zaini berikutan mahkamah membenarkan permohonannya untuk memindahkan kes berkenaan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi pada 25 Nov tahun lepas.

Syed Saddiq didakwa sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang telah diamanahkan penguasaan ke atas dana ARMADA, telah melakukan pecah amanah ke atas dana itu, dengan membuat pengeluaran wang berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad, tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, di Kuala Lumpur pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq juga menghadapi tuduhan menyalahgunakan harta iaitu, wang sumbangan untuk kempen PRU14 sebanyak RM120,000 yang dikutip melalui akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di antara 8 April sehingga 21 April 2018, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan iaitu melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 di dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 Jun dan 19 Jun 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613], yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, dan sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram.

- Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah, kalo takleh kondem senang le..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yang minat dia ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.430087 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list