CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 0

[Sarawak] Bangunan lama JKR Miri akan jadi pusat transit gelandangan

[Copy link]
Post time 19-1-2022 07:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 19-1-2022 11:43 AM



SUMBANGAN: Fatimah menyerahkan sumbangan angpau dan TBC kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Tony (kiri) serta Adam (depan, tiga kiri) dan yang lain.

MIRI: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak mengenal pasti bangunan lama Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri, untuk dijadikan sebagai pusat transit sementara gelandangan (TTG) di Miri.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata kementerian pada masa ini sedang membuat penelitian dengan pihak pemaju, Kumpulan Syarikat Samling (Samling) kerana kawasan bangunan lama yang menempat depo JKR Miri itu adalah milik syarikat pemaju berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sejambak Kasih sempena Tahun Baru Cina (TBC) di Hotel Dynasty di sini, hari ini, Fatimah berkata, Samling dijangka memberi jawapan positif kepada kementerian mengenai usaha itu tidak lama lagi.

“Samling akan memberi jawapan kepada kami dalam tempoh kurang sebulan dari sekarang. Saya harap kita dapat melaksanakan program itu sekali gus memberi bantuan yang diperlukan kepada kira-kira 24 gelandangan tegar di Miri,” katanya.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita, ketika ditanya berhubung perkembangan terkini, berkaitan usaha penubuhan pusat TTG di Miri berikutan perbincangan dengan pihak Samling mengenai perkara itu pagi tadi.

Pada masa yang sama, beliau berkata majlis pelancaran rasmi telah dijadualkan untuk pusat TTG di Sibu pada 28 Januari ini.

Sebagai projek perintis di Sarawak, beliau berkata kementerian akan menggunakan pusat TTG di Sibu untuk mereka menambah baik pelaksanaan komponen TTG di negeri ini.

Walaupun bilangan gelandangan di Sarawak kurang daripada 200 orang, kerajaan negeri melalui kementeriannya amat komited untuk membantu golongan gelandangan supaya mereka dapat keluar daripada persekitaran hidup yang daif.

“Kami akan mencari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melalui sesi temuduga untuk menguruskan operasi TTG dan pembiayaan pusat yang disediakan kerajaan negeri,” tambahnya lagi.

Fatimah memberitahu dengan adanya TTG, golongan gelandangan akan mempunyai kawasan yang selamat dan bersih untuk mereka tidur dengan makanan disediakan.
Kemudahan lain juga disediakan di pusat tersebut seperti tandas, bilik mandi, bilik perundingan dan bilik kaunseling.

Selain itu, beliau berkata akan ada program keusahawanan sosial seperti yang telah dilakukan di pusat TTG di Sibu.

Golongan gelandangan di pusat TTG katanya akan diberi latihan kemahiran untuk mereka menyara hidup.

“Sekiranya mereka (gelandangan) mahu melibatkan diri dalam bidang pertanian, kita akan memberikan latihan pertanian moden secara hidroponik dan fertigasi.
"Latihan kemahiran akan diatur berdasarkan minat mereka," ujar beliau lagi.

Terdahulu, di majlis tersebut, Fatimah ampaikan bantuan wang tunai dan angpau TBC kepada kira-kira 100 penerima kebajikan kaum Cina, yang menghadiri majlis tersebut.

Sempena sambutan perayaan tersebut, beliau berkata terdapat seramai 695 penerima kaum Cina di seluruh bahagian Miri akan menerima bantuan musim perayaan TBC masing-masing daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Turut hadir Menteri Muda Pembangunan Kebajikan Komuniti Sarawak, Mohamad Razi Sitam; ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar Miri, Adam Yii, Pengarah Jabatan Kebajikan Negeri Noriah Ahmad serta Setiausaha Eksekutif Majlis Pembangunan Sosial (MPS) Dr Zufar Yadi Brendan Abdullah dan Pengarah Urusan Hotel Dynasty Miri, Tony Pui.


utusanborneo.com.my/2022/01/19
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.050956 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list