CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367|Reply: 2

[Sabah] COVID-19 : Sekolah Terlibat Kluster Tidak Akan Ditutup

[Copy link]
Post time 19-1-2022 07:30 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU : Penularan kes jangkitan COVID-19 di sekolah yang terlibat dengan kluster di Sabah baru-baru ini tidak akan ditutup kerana jumlah kes kini masih terkawal.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ini kerana jumlah kes bagi kluster membabitkan institusi pendidikan hanya terhad dalam kalangan pelajar yang tinggal dalam penginapan asrama.

“Sekarang ini kita lihat sejauh mana perebakan virus itu berlaku.  Jika kita lihat di Ranau, jumlah yang dijangkiti tidak begitu ramai kerana ianya terhad dalam satu bilik penginapan asrama.

“Justeru itu, kita mengambil pendekatan sebolehnya kita mengelak berlakunya penutupan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) dan pelancaran Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS), Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA) 2022 di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Masidi yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, cara pengurusan COVID-19 kini telah berbeza dan berlainan berbanding sebelum ini.

Katanya, pelaksanaan ‘lockdown’ dan ‘total lockdown’ sebelum ini tepaksa dilaksanakan bagi mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 disebabkan belum adanya pemberian vaksin.

“Tetapi sekarang kita sudah ada vaksin dan seperti mana saya jelaskan baru-baru ini, vaksin ini mampu mengurangkan gejala kepada mereka yang dijangkiti.  Jadi pendekatan kita adalah untuk pastikan semua orang mendapat vaksin.

“Daripada apa yang kita pelajari dan bagi mengurangkan kes jangkitan akibat penularan jangkitan, adalah lebih baik semua untuk mematuhi prosedur standard operasi (SOP)  dengan lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menunjukkan majoriti pesakit baharu adalah mereka yang telah menerima vaksin lengkap.

“Tetapi pada masa sama, statistik menunjukkan hampir semua yang dijangkiti itu hanya berada dalam kategori satu dan dua iaitu tiada gejala atau gejala ringan dan tidak perlukan rawatan hospital.

“Pengajaran kita terima daripada statistik setiap hari, alangkah baiknya semua orang patuhi SOP dengan baik, bukan sahaja mengurangkan jangkitan tetapi mengurangkan jumlah mereka yang dalam kategori lebih serius,” katanya.


sabahmedia.com/2022/01/19
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 11:51 AM | Show all posts
bod#h piang statement

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2022 10:03 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 22-1-2022 02:05 PM

Rakyat perlu menerima hakikat bahawa kita akan berada dalam fasa endemik COVID-19 dan perlu bersedia untuk hidup dengan virus ini.

Rakyat Malaysia perlu mempersiapkan diri untuk “hidup bersama COVID-19


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.087311 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list