CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 333|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 19/01/2022

[Copy link]
Post time 19-1-2022 07:26 PM | Show all posts |Read mode





COVID-19: 21 kes baharu di Sarawak, jumlah kumulatif kini 252,646

KUCHING: Sarawak merekodkan 21 kes baharu COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini sebanyak 252,646 setakat ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan 15 daripada 21 kes direkodkan itu merupakan kategori satu (tiada gejala), lima kategori dua (gejala ringan) dan satu kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

"Tujuh daerah di Sarawak merekodkan kes baharu COVID-19 hari ini. Sibu merekodkan jumlah tertinggi iaitu sembilan kes diikuti Kuching (lima), Miri (tiga) manakala Song, Betong, Simunjan dan Lawas masing-masing satu kes," katanya.

Dalam kenyataan sama, JPBNS memberitahu tiada kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Sarawak hari ini.

"Tiada kluster COVID-19 yang aktif di Sarawak ketika ini," tambahnya.

Sementara itu, JPBNS berkata seramai 32 pesakit dalam pemantauan (PUS) baharu direkodkan di Sarawak hari ini dan sedang menjalani kuarantin wajib.

Mengenai kompaun dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, JPBNS berkata lapan kompaun baharu dikeluarkan di Kuching kerana gagal mengimbas Kod QR MySejahtera atau mencatat kehadirian sebelum memasuki premis.


utusanborneo.com.my/2022/01/19

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2022 07:27 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.058607 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list