View: 9598|Reply: 124
|
[Tempatan]
Peguam Asiah Abdul Jalil berang anak divaksin,nak saman suami dan kakitangan Klinik Kesihatan Balok
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 19-1-2022 06:48 PM
Peguam Asiah Abdul Jalil yang juga ibu kepada sepuluh anak mengancam untuk menyaman kakitangan Klinik Kesihatan Balok yang menyuntik anak lelakinya berusia 13 tahun dengan dos kedua vaksin Covid-19.
Katanya, suntikan itu diberikan selepas suaminya membawa anak mereka ke klinik berkenaan, walaupun dia sebagai ibu membantah vaksinasi Covid-19 diberikan terhadap semua anaknya.
Asiah sebelum ini membuat laporan polis dengan menamakan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, serta surat bertarikh 9 Jan kepada Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan Pahang dan Pejabat Kesihatan Kuantan.
Asiah menerusi surat rasmi firma guamannya yang dikongsi di akaun Facebooknya, menuntut pentadbir klinik itu mendedahkan nama kakitangan yang bertanggungjawab melakukan suntikan vaksin kepada anak kelimanya.
"Saya akan failkan saman terhadap kakitangan Klinik Kesihatan Balok, Kuantan yang suntik vaksin Covid-19 kepada anak saya.
"Sebaik sahaja dapat nama kakitangan yang suntik tu. Dia mesti dinamakan sebagai tortfeasor (individu membuat gangguan awam)," katanya kepada Malaysiakini.
Dalam surat itu, Asiah berkata dia merizabkan hak untuk memfailkan permohonan pra tindakan bagi mendapatkan perintah penzahiran sekiranya permintaannya untuk mendapatkan identiti kakitangan berkenaan ditolak.
Selain itu, Asiah turut menamakan suaminya Mohd Hatta Saadon, pengarah kesihatan Pahang Dr Bahari Che Awang Ngah, Khairy dan Noor Hisham sebagai antara individu yang mungkin dinamakan sebagai defendan dalam samannya.
'Persetujuan berat sebelah'
Menjelaskan kejadian itu, Asiah berkata suaminya membawa anak lelaki mereka ke Klinik Kesihatan Balok pada jam 8.30 pagi tadi untuk mendapatkan vaksin dos kedua.
"Dalam keadaan sekiranya pihak tuan ditunjukkan borang persetujuan (consent form) untuk vaksinasi Covid-19 yang dilengkapkan oleh suami saya, iaitu bapa kandung kepada anak-anak saya, Mohd Hatta Saadon, saya menegaskan bahawa borang persetujuan tersebut adalah berat sebelah pihak dan tidak meliputi persetujuan daripada saya sebagai ibu kandung," katanya.
Empat anak sulung Asiah berusia antara 14 hingga 19 tahun telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 dan layak mendapat dos penggalak, manakala anak kelimanya, berusia 13 tahun, ketika itu sedang menunggu dos kedua.
Anak keenam, ketujuh, kelapan dan kesembilan Asiah berumur antara lima dan 11 tahun, manakala anak bongsunya berusia dua tahun.
Laporan polis dibuat Asiah pada 7 Jan lalu berhubung pengumuman kerajaan mengenai vaksinasi Covid-19 terhadap kanak-kanak, di tengah-tengah kebimbangan baru mengenai penularan varian Omicron.
Pada 6 Jan, Noor Hisham berkata, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA) telah memberikan kelulusan bersyarat kepada vaksin formulasi baru Covid-19 jenis Pfizer untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.
Formulasi itu menggunakan 10 mikrogram bahan aktif vaksin setiap dos, berbanding 30 mikrogram setiap dos yang diluluskan sebelum ini untuk mereka yang berumur 12 tahun ke atas.
Pemberian vaksin Covid-19 keluaran Pfizer BioNTech kepada kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun akan bermula pada tahun ini.
https://m.malaysiakini.com/news/607026
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Aduhaii..boringlah laki bini asyik meroyan ja |
|
|
|
|
|
|
|
......macam ni pun boleh |
|
|
|
|
|
|
|
Bingitlah acik ni. Ko marah je la laki engko tu |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ek mcm tu..laki bawak anak kandung gi cucuk, mak nak saman semua org
Malam ni laki ko cucuk ko..diam la ko lps tu |
|
|
|
|
|
|
|
darkness replied at 19-1-2022 06:48 PM
Aduhaii..boringlah laki bini asyik meroyan ja
kan aku da kate geng lobai semue confuse, laki die ajk pas, bini tudung labuh tutup dagu lagi..sampai ke vaksin, habis saman menyaman laki bini, blom lg mufti2 ade kate harus ade kate xboleh, pening tau kite rakyat biase ni, bile kite tanye, lobai suruh kiteorg pi sembah matahari.. |
|
|
|
|
|
|
|
hek eleh saman menyaman, 9 months later, uwek uwek... |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha ni la bahana mak yg benti belajar nk kwen awal. Patu beranak nom stop patu msuk belajar amel law..dia nya timing len mcm punya eksen sbb tahu semua undang2. Xde sapa nk amek dia keje..bukak law firm sendiri. Hari tu beriya tunjuk surat tanak ank vaksin siap mati stem suma. Last2 laki sendiri serah ank utk dicucuk. Patu nk saman tukang cucuk. |
|
|
|
|
|
|
|
harap xjadi apalah
kang meroyan mcm al padel ostak maza e sheriff |
|
|
|
|
|
|
|
Saman suami sendiri suda ler |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 19-1-2022 06:58 PM
Boleh ek mcm tu..laki bawak anak kandung gi cucuk, mak nak saman semua org
Malam ni laki ko cuc ...
Tahun dpn keluar anak no.11 |
|
|
|
|
|
|
|
Sian anak2 dia dpt mak gini...kot2 anak dia tu sendiri pun rela divaksin |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana la boleh berjodohan laki minik ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut replied at 19-1-2022 07:01 PM
kan aku da kate geng lobai semue confuse, laki die ajk pas, bini tudung labuh tutup dagu lagi..sam ...
Dah2 p sembah matahari jangan asyik sibok dengan agama orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 19-1-2022 07:06 PM
Hahaha ni la bahana mak yg benti belajar nk kwen awal. Patu beranak nom stop patu msuk belajar amel ...
Khuenss. Tok laki sendiri x mo saman lak padahal si kepam ni selalu je kena cucuk dgn picagari heol. Ke sbb sdp so dimaapkan gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
OK kalau nak saman
tp entah kenapa aku tengok dia ni mcm jiwa kacau
xbahagia ke dengan suami
aku syak dia xpuas semasa bersetubuh dengan laki dia
laki dia xpower di ranjang rasanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Samerosie at 19-1-2022 08:03 PM
kads replied at 19-1-2022 07:25 PM
Sian anak2 dia dpt mak gini...kot2 anak dia tu sendiri pun rela divaksin
Dalam surat nak dia tu saman, letterhead semua print pakai inkjet printer je (rengsa aku nengok at least print la letterhead professionally pakai paper tebal mahal sikit), dia ada tulis anak2 dia yg 14tahun ke atas tu semua dah 2 dose lengkap. Laki bini lengkap juga. Yg 13 tahun tu yg dia start meroyan sebab bapaknya bawa u tuk dose ke-2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|