View: 369|Reply: 5
|
[Dunia]
Anggota berpangkat tinggi JI dipenjara 15 tahun
[Copy link]
|
|
Anggota berpangkat tinggi JI dipenjara 15 tahun
Gambar fail yang diambil pada Disember 2020 menunjukkan polis mengiringi Zulkarnaen. - FOTO AFP
Jakarta: Mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas militan Islam yang dikaitkan dengan Al-Qaeda, berhubung peranannya dalam pengeboman di pulau peranginan Bali yang mengorbankan 202 orang pada 2002.
Hakim Mahkamah Daerah Jakarta Timur, mendapati Zulkarnaen, iaitu anggota berpangkat tinggi kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI), didapati bersalah melakukan keganasan dan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.
Zulkarnaen yang ditahan pada Disember 2020, selepas hampir 18 tahun hidup bebas turut dibicarakan dalam beberapa kes serangan lain, dilakukan unit khas yang menerima arahannya.
Pendakwa Raya Indonesia berkata, Zulkarnaen menubuhkan sel khas JI dan menyifatkannya sebagai aset utama bagi kumpulan itu kerana pengalamannya sebagai jurulatih di kem militan di Afghanistan dan Filipina.
Ketika perbicaraan, Zulkarnaen menafikan terbabit dalam pengeboman Bali, tetapi mengaku dilakukan oleh pasukannya.
Beliau memberitahu mahkamah, pemimpin JI tidak memberitahunya mengenai serangan itu terlebih dahulu dan dia tidak terbabit dalam perancangan khusus.
Namun, hakim tidak yakin dan menyatakan; "Hakikat sebenarnya Zulkarnaen ialah ketua pasukan dan bersetuju dengan rancangan di Bali.
"Dia boleh dianggap bersetuju dengan rancangan itu," kata ketua hakim.
Zulkarnaen dibicarakan di mahkamah melalui video berikutan peraturan Covid-19.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... -dipenjara-15-tahun
|
|
|
|
|
|
|
|
jika ko tidak bersalah aku doakan ko mati masuk syurga Ferdausi
Islam datang dalam keadaan strange
kembali pun dalam keadaan strange
Muslim pula di pandang macam stranger
|
|
|
|
|
|
|
|
insiden tahun 2002. korban 202. jatuh hukum tahun 2022.
kenapa tak kasi 22 tahun make a nice number
|
|
|
|
|
|
|
|
Lobai kata ini bukan perbuatan orang Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Entah2 ada yang terlepas.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|