CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1916|Reply: 2

[SEJARAH] Hanya Orang Melayu Membantah Malayan Union, Buruh Pendatang Cuma Berpeluk Tubuh!

[Copy link]
Post time 19-1-2022 06:29 PM | Show all posts |Read mode
Hanya Orang Melayu Membantah Malayan Union, Buruh Pendatang Cuma Berpeluk Tubuh!


Gara-gara mahu melaksanakan misi Malayan Union, pegawai penjajah yang dilaknat, Slave Harold MacMichael menjadi orang tengah untuk berjumpa dengan raja-raja Melayu.

Hal ini demikian kerana tanpa tanda tangan raja-raja Melayu, Malayan Union tidak boleh dilaksanakan dan bangsa Melayu pasti terus bebas di atas cara orang Melayu sendiri.

Namun disebabkan raja-raja Melayu pada ketika itu tidak menerima nasihat yang baik serta diancam penjajah yang dilaknat, Tanah Melayu jatuh mengikut acuan British yang miskin.

Mengapa British dikatakan miskin? Kerana terpaksa menjarah Kawasan orang lain atas alasan mahu meluaskan empayar padahal sedang merembat hasil bumi Tanah Melayu.

Datang pula buruh yang tak cukup makan dan tiada kehidupan selesa dari Tanah Besar China dan India, akhirnya beranak-pinak dan tidak mahu pulang.

Orientalis barat pula menanam pemikiran kepada bangsa Melayu yang ada untuk jadi baik hati dan beri peluang orang yang menumpang untuk kutip sewa rumah.

Keadaan ini berterusan sampailah ke hari ini, sampai generasi Melayu hari ini benar-benar percaya mereka adalah miskin dan generasi buruh pendatang memang kaya-raya.

Berbalik kepada titik permulaan proses merealisasikan Malayan Union, ada beberapa raja Melayu sememangnya berkeras menolak idea yang mengarut dan merosakkan ini.



Antara raja Melayu yang menentang adalah Raja Kedah namun tindakan yang bermaruah serta suci itu ditewaskan dengan ugutan daripada Slave Harold MacMichael.

Raja Kelantan juga menolak namun Slave Harold MacMichael menggunakan kuasanya yang diberikan London untuk tidak mengiktiraf kedudukan baginda jika enggan tanda tangan.

Bayangkan sahaja betapa pentingnya Malayan Union ini untuk dipraktikkan di Tanah Melayu agar orang Melayu hilang jati diri, adat resam dan budaya.

Namun orang di Tanah Melayu ini kuat. Kalau tidak, nasib kita mungkin serupa orang Filipina dan hilang identiti sedangkan mereka juga asalnya adalah ‘keluarga Melayu Islam’ kita.

SEDANG VIRAL : Tokoh Pertama Temui Bijih Timah Adalah Long Jaafar Namun Ia Direbut Buruh Cina & British!

Dalam ramai-ramai raja Melayu pada ketika itu, hanya Raja Johor dan Raja Selangor bersetuju untuk tanda tangan Malayan Union tanpa bantahan atas dasar setiakawan.

Raja Pahang pula, Slave Harold Mac Michael mengambil masa dua hari untuk menyakinkan baginda manakala raja-raja di Negeri Sembilan, Perak dan Perlis hanya menurunkan tanda tangan setelah diberi tekanan yang melampau oleh Slave Harold MacMichael.

Raja Terengganu pada asalnya juga enggan namun setelah dinasihat (jelas nasihat yang salah dan merugikan) kononnya tidak bercanggah dengan undang-undang negeri, tanda tangan telah diturunkan.

Kesannya, hanya rakyat berbangsa Melayu sahaja memberontak dan tidak bersetuju dengan perkara itu dan golongan buruh pendatang tidak masuk campur sebaliknya menunggu peluang untuk menjadi sebahagian daripada rakyat Tanah Melayu dengan cara British!

Sumber:https://demimalaiu.com/hanya-ora ... uma-berpeluk-tubuh/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 11:29 PM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 19-1-2022 11:41 PM

.
Bantahan kuat dan tak-kerjasama dari kaum Melayu, spt penjawat2 awam, telah memaksa kerajaan Jajahan British untuk membatal Perlembagaan Malayan Union yang memihak kaum Cina dan bukan-Melayu, ... dan menggantinya dengan Perlembagaan Persekutuan Malaya yang memihak kaum Melayu pada Feb 1948. Tapi tindakan British ini telah mencetus kemarahan Parti Komunis Malaya yang kebanyakkan ahli2nya dari kaum Cina dan mula-lah Darurat Malaya dari 1948-1960, iaitu kebanyakkannya adalah pengganas2 komunis kaum Cina lawan tentera/polis kaum Melayu dan British, spt Peristiwa Bukit Kepong pada 1950. .......

https://www.asiangeo.com/article ... ommunism-1948-1960/ - The Road to Independence: Malaya’s Battle Against Communism [1948-1960] - 26 July 2021
The Malayan Emergency

Following the establishment of the Federation of Malaya, looming uncertainty befell the Chinese majority, who felt excluded from the development and special guarantees of rights given to the Malays, as well as the establishment of a colonial government under the British. This ultimately manifested in the displeasure of the Malayan Communist Party [MCP] (or otherwise officially known as the Communist Party of Malaya [CMP]), which was an organisation that was composed largely of Chinese members committed to achieving an independent, communist Malaya. ...

.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_Bukit_Kepong
.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang Malayan Union ini adalah bala terbesar pada Tanah Melayu. Sehingga hari ini mereka menjahanamkan Melayu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.062729 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list