CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 782|Reply: 9

[Tempatan] 'Unsur mistik punca anak Orang Asli hilang di Gerik'

  [Copy link]
Post time 19-1-2022 06:06 PM | Show all posts |Read mode
'Unsur mistik punca anak Orang Asli hilang di Gerik'

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Shahrizal Aris. - NSTP/Balqis Jazimah Zahari


IPOH: Anggota penyelamat tidak menolak kemungkinan, kehilangan seorang budak perempuan anak Orang Asli dalam hutan Kampung Selaur berhampiran Padang Jeri dekat Gerik di sini, yang memasuki hari keenam hari ini berkemungkinan ada kaitan dengan unsur mistik.

Susulan itu juga, usaha mencari kanak-kanak terbabit sejak operasi dilancarkan pada 14 Januari lalu turut membabitkan petugas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Shahrizal Aris, berkata setakat ini, operasi mencari dan menyelamat tidak berhasil menemukan sebarang petunjuk, walaupun khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM digunakan.

"Dua kakitangan JAKIM dibabitkan dalam operasi mengsan kanak-kanak berkenaan. Bermakna, ada kemungkinan juga (unsur mistik) di situ, biarpun secara dasarnya bukan kita yang memohon agar agensi itu dibabitkan dalam operasi.

"Mereka (kakitangan JAKIM) memang sudah ada di lokasi itu sejak daripada mula lagi jadi kami turut memasukkan mereka dalam operasi pencarian," katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

Mohamad berkata, pasukan pencarian menghadapi kesukaran apabila lokasi kejadian membabitkan kawasan cerun yang tinggi, selain tidak mempunyai liputan telekomunikasi.

"Untuk itu, kita hantar unit komunikasi ke sana bagi membantu pasukan pencarian berhubung sesama mereka di antara satu titik lokasi dengan titik (kumpulan pecahan) yang lain," katanya.

Operasi mencari mangsa yang dikenali sebagai Kamaliah Anab, 9, diteruskan sehingga hari ini membabitkan perluasan operasi pencarian dalam jarak lapan kilometer (KM) disamping penggunaan unit dron agensi luar.

Jurucakap JBPM menerusi kenyataan berkata, operasi membabitkan kekuatan seramai 50 keanggotaan dari pelbagai agensi termasuk polis, JAKIM, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Tabung Hidupan Liar (WWF) dan Sapura.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, khidmat 12 keanggotaan Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq turut digunakan dalam usaha mencari mangsa.

Zulkifli berkata, operasi membabitkan kekuatan keseluruhan seramai 76 orang termasuk 18 orang awam itu dimulakan 14 Januari lalu selepas dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa ketika keluar mencari sumber makanan dan hasil rotan bersama keluarga dan rakan sebayanya.

"Mangsa didapati hilang sehari sebelumnya iaitu pada 13 Januari yang mana pada hari sama penduduk kampung turut melakukan usaha mencari mangsa di kawasan sekitar berdekatan Hutan Temenggor namun masih belum dijumpai sehingga sekarang," katanya.

Beliau berkata, fizikal mangsa adalah berambut kerinting dengan pakaian ketika kali terakhir dilihat sebelum hilang adalah berbaju kuning dan berseluar biru.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... sli-hilang-di-gerik

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Unsus mistik ke pedo??
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena culik la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 07:56 AM | Show all posts
bonian dah start minat org asli?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 07:58 AM | Show all posts
kadang-kadang kena ikhtiar juga cara halus ni..sebab banyak kes lebih kurang je Modus Operandi (MO) dia..orang bunian atau makhlus halus bawak lari depa ni bercuti ke kampung dan depa ni tak nak balik semula
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak minta tlg ketua or kaum org asli tu sendiri ke? Biasa dorg ni lebih arif hal hutan dorg kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2022 12:21 PM | Show all posts
budak tu kes ape yg smpai g hutan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 01:02 PM | Show all posts
Anak orang asli memanglah kekadang masuk hutan cari rotan, hasil buah hutan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kes dlu. Lama gak hilang kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 03:18 PM | Show all posts
mistik ke hulu mistik ke hilir..ujung2 hilang sbb sesat x jumpa jalan nak balik jah mcm kes anak org asli hilang kat gua musang dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.311913 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list