View: 3603|Reply: 32
|
Awas! Scam Terbaru Di Shopee!
[Copy link]
|
|
Shopee adalah tempat yang kita boleh membeli dan menjual pelbagai barang, tetapi baru-baru ini ada kes "scam" ataupun penipuan berlaku di Shopee yang dikatakan mengambil wang simpanan pengguna lebih RM24,000!
kredit: Myanmar Insider
Berikut merupakan taktik penipuan yang diberitahu seorang pengguna Facebook bernama Puteri Nur Ikhwan yang terkesan dengan penipuan menggunakan nama syarikat Shopee.
Menurut perkongsian tangkap layar itu, difahamkan dia kononnya menerima tawaran berkerja separuh masa di syarikat berkenaan melalui aplikasi Whatsapp pada bulan lepas.
kredit foto: Puteri Nur Ikhwan
Individu yang menghubunginya itu menerangkan tugas kerjanya hanya untuk "like" produk diminta di Shopee dan membuat tangkap layar. Puteri diberikan RM4 untuk setiap tugasan dan hari pertamanya, dia memperoleh RM28.
Keesokan harinya, apabila disemak Puteri dapati memang ada wang diperoleh semalam di dalam akaun banknya.
Dia kemudian mendapat tugasan lain berhubung kaedah "repurchase" (beli dan jual semula). Mereka memberi senarai harga yang Puteri boleh pilih mengikut kehendaknya. Jelasnya, Puteri perlu "bank in" dahulu kepada mereka dan melakukan "repurchase" untuk mendapat komisen lebih.
kredit foto: Puteri Nur Ikhwan
Ekoran itu, Puteri mencuba kadar paling rendah iaitu RM100 dan dia bank in kepada nombor akaun tersebut sebelum membuat "repurchase".
Tidak lama kemudian, dia mendapat RM120 melakukan perkara sama beberapa kali dengan kadar harga berbeza.
Namun, apabila Puteri mencuba untuk "repurchase" barangan bernilai RM5,580, dia diberitahu untuk membeli dua barangan yang ditetapkan, tetapi Puteri hanya nampak satu sahaja yang tertera di skrin.
Selepas melakukan "repurchase" tersebut, Puteri diberitahu yang dia telah melakukan kesilapan dan dia perlu membuat pembayaran lagi untuk mengeluarkan duitnya.
Justeru, dia sekali lagi melakukan "repurchase" pada harga RM8,800 dan RM9,420 untuk mendapat komisen serta duitnya semula.
kredit: Puteri Nur Ikhwan
Selepas menyedari dirinya tertipu, Puteri tidak membalas mesej mereka dan terus melaporkan mengenai kejadian kepada polis.
Puteri menganggarkan dia mengalami kerugian RM24,000 dan memerlukan beberapa hari untuk menerima hakikat dia telah ditipu dan reda di atas apa yang berlaku. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Org tamak selalu rugi. Mudahnya kna gula2. Dpt jgk offer gheja part time shopee kt wassap. Laju i block. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah selalu orang bagitau pasal penipuan kat shopee tu.. Yang bongok percaya tu dah kenapa |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Repurchace ni memang ade org buat kan...sebab dia macam nak tunjuk kat org produk dia laku keras asyik sold out.....pastu bila org lain tgok jadi nak beli jugak....macam org yang beli like tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
owh patutlah mmg nak orang beli supaya popular
|
|
|
|
|
|
|
|
celah mana kena tipu kt shopee? |
|
|
|
|
|
|
|
Zalora pun ada juga rasanya. iol pernah nak try tapi join group je tak pernah pun beli apa-apa. |
|
|
|
|
|
|
|
underground replied at 19-1-2022 07:40 PM
celah mana kena tipu kt shopee?
Aritu ada terbaca kt uiam coffession pasal bende ni. Ramai rupanya kena tipu. Link tu bkn dari shoppee tp nmpk mcm dari shoppee. Bila tekan akan terus ke whatsapp. Mula2 dibagi task senang. Mmg dpt duit. Lps tu ke task seterusnya beli brg. Kita kena beli brg tu dgn duit sdri. Dpt 10-20 % komisen. Yg ni dorg byr. Task seterusnya yg start kena tipu. Dorg offer beli harga mahal cth 5k. Kena decide dlm masa yg cepat cth 15 minit. Bila dah beli/byr, dorg x bg komisen sb task tu berangkai. Kena beli lagi satu brg dgn harga yg lagi mahal. Kalau x beli, duit task ke-3 tu akan burn camtu je. Gitu la modus operandi dorg. Ramai yg terpedaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang boleh scam kat Shopee tu. Hati2 la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada dapat mesej mintak kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
there are more stupid people now that believe in easy money..adoiiiiiiiii.....
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan nak cepat kaya... ramai org terdesak rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ini yg macam cerita yg sama dalam thread lepas ( a few days ago?) tapi maca nilah
- mu friend buat review and dia dapat ganjaran - itu dari authorised website and entity.
tapi jgnlah mudah percaya taktik keje mudah mudah macam ni , sebab mulai syak sesuatu jika kita pulak kena keluarkan duit bagi 'majikan'sedangkan depa tu yg kena bagi duit kat kita ...
lagi satu ada kes yg melibatkan portal shopping online ni yg berlaku tak lama dulu di Singapura dan i wonder adakah modus operandi scammer ni - purchase repurchase tu sama tak dengan scammer ni...
https://www.straitstimes.com/sin ... ver-6700-in-savings
ni exactly sebiji cara scammer ni buat kat Singapore
|
|
|
|
|
|
|
|
Org yg tamak selalu rugi.
Dah 2022 dan nak kiamat lagi masih pecaya benda gini.. selayaknyalah dekkk |
|
|
|
|
|
|
|
aku seller shopee
yg kena scam buta2 ni pegi bayar terus ke shopeepay (ewallet) seller. ni memang non-reversible.
kalau order via shopee, checkout, bayar.. selagi buyer tak klik Order Received, duit tak release ke seller
macam aku kena kalau payment besar lebih RM700 per order, boleh ambil sampai 3 hari baru shopee release
nak withdraw ke bank pun sehari baru clear
jadi, buyer kalau kena scam sempat minta refund/dispute within 24 hours
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang tamak selalu rugi, bercakap bohong lama-lama ikan keli! |
|
|
|
|
|
|
| |
|