CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 0

[Kedah] Kerajaan negeri diminta segera baik pulih jalan runtuh

[Copy link]
Post time 19-1-2022 04:52 PM | Show all posts |Read mode

Jhangir Khan menunjukkan kesan tanah runtuh dekat Kampung Lahar Bongor, Baling, Kedah.

BALING - Kerajaan negeri diminta menyegerakan kerja-kerja baik pulih jalan di Kampung Lahar Bongor di sini susulan kejadian tanah runtuh sejak lebih kurang tiga bulan lalu.

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Penduduk Baling (Perkeba), Jhangir Khan Kathem Khan berkata, meskipun jalan tersebut telah ditutup atas faktor keselamatan, namun masih ada pengguna yang berdegil melalui kawasan itu.

Menurutnya, laluan yang menghubungkan Kampung Lahar Bongor ke Kampung Teluk Sungai Durian, Baling itu telah memendekkan jarak perjalanan menyebabkan penduduk masih menggunakan jalan terbabit untuk berulang-alik biarpun mereka tahu risiko keselamatan.


Penunggang motosikal menggadai nyawa menggunakan laluan sama, biarpun berdepan risiko bahaya.

"Saya lihat jalan ini telah diletakkan halangan sebagai tanda amaran tentang runtuhan tanah di sini, namun masih ada pengguna terutamanya penunggang motosikal melaluinya walaupun berbahaya," jelasnya.

Justeru, beliau berharap agar pihak berkaitan dapat mempercepatkan kerja-kerja baik pulih laluan tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

"Memang ada laluan alternatif lain namun jaraknya yang jauh dan melebihi tiga hingga empat kilometer membuatkan penunggang motosikal sanggup bergadai nyawa menggunakan laluan itu walaupun terdapat rekahan tidak jauh dari kawasan terbabit," ujarnya.

Jelasnya, kerajaan perlu memberi perhatian sewajarnya dalam usaha menyediakan kemudahan asas yang selamat kepada rakyat.


Papan tanda dan halangan telah diletakkan namun pengguna masih menggunakan laluan terbabit.

"Kita tak mahu, apabila semakin lama dibiarkan, semakin teruk runtuhan itu berlaku terutama ketika musim hujan sekali gus mengundang kebimbangan orang ramai," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -pulih-jalan-runtuh
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.057788 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list