CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 289|Reply: 0

[Sarawak] Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual

[Copy link]
Post time 19-1-2022 03:50 PM | Show all posts |Read mode


Remaja lelaki masukkan …..nya ke dalam mulut kanak-kanak

KUCHING: Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di hadapan Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual dengan memasukan kemaluannya ke dalam mulut kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

Bagaimanapun, Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan ibu sebagai penjamin.

Mahkamah memutuskan sebutan semula bagi pengurusan kes pada 24 Febuari depan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, remaja berkenaan didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta yang sama.

Seksyen berkenaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Manakala, pertuduhan kedua didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan boleh disebat.

Bagi kedua-dua pertuduhan terbabit, tertuduh didakwa meransang mangsa dengan melakukan perbuatan kelucahan melampau di sebuah rumah di Batu Kawa, di sini, antara 1 Januari 2021 dan 21 April tahun lepas.

Difahamkan, mangsa merupakan anak kenalan tertuduh yang duduk sekampung. dalam kejadian tersebut, tertuduh telah menyuruh mangsa memasukan kemaluannya ke dalam mulut mangsa.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


sarawakvoice.com/2022/01/19
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.059187 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list