CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak catat pertambahan 600,000 kenderaan

[Copy link]
Post time 19-1-2022 02:39 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sarawak mencatatkan pertambahan bilangan kenderaan melebihi 600 000 bagi tempoh 2010 hingga 2020.

Menurut Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, perkembangan berkenaan telah menyebabkan berlakunya masalah kesesakan lalu-lintas terutamanya di bandar besar seperti Kuching dan kawasan sekitar yang memerlukan penyelesaian segera.

Sehubungan itu katanya seperti dipetik TVS, antara langkah yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri ketika ini termasuklah pemasangan lampu isyarat pintar berteknologi kecerdasan buatan (AI) di beberapa kawasan.

“Lampu isyarat pintar akan berfungsi mengikut jumlah kenderaan. Misalnya di simpang, dari laluan sebelah sini tiada kenderaan tetapi di arah bertentangan mencatatkan aliran trafik yang lebih tinggi, lampu isyarat pintar akan mengesannya dan memberikan tempoh masa yang lebih panjang untuk menyuraikan trafik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Menurutnya, projek pemasangan lampu isyarat pintar juga dijangka akan diperluaskan di seluruh negeri dalam masa terdekat.


sarawakvoice.com/2022/01/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.046795 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list