BAU: Menteri Muda Pengangkutan II, Dato Henry Harry Jinep melakukan tinjauan ke lokasi mudah banjir di Jalan Buan Buso pada Selasa.
Jalan yang menghubungkan penduduk dari kawasan Musi atau Buso ke Bandar Bau dan Kuching itu kerap dinaiki air apabila berlaku hujan lebat.
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada sistem saliran dan perparitan yang tersumbat.
Sehubungan dengan itu, Dato Henry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru menggesa Penghulu Masyarakat Melayu Bau, Wahab Mainol dan Kapitan Kawasan Buso, Lu Swee Jaw untuk mengajukan surat permohonan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) untuk mengambil tindakan lanjut bagi mengatasi masalah berkenaan.
sarawakvoice.com/2022/01/19 |