CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 164|Reply: 0

[Borneo] Pemuda Umno harap Menteri Kewangan tidak kelirukan rakyat berkaitan KWSP

[Copy link]
Post time 19-1-2022 02:31 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berharap Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul  tidak mengelirukan rakyat berkaitan isu pengeluaran KWSP.

“Saya harap Tengku Zafrul janganlah mengelirukan rakyat. Sebagai contohnya, walaupun anggaran pengeluaran wajib pencarum mencecah RM34 bilion setahun, tetapi caruman wajib yang diterima oleh KWSP pada tahun ini (2022) juga dianggarkan mencecah RM70 bilion (memgambil kira unjuran data daripada Tengku Zafrul sendiri),” katanya dalam satu kenyataan.

“Maka masih wujud lebihan tunai sebanyak RM36 bilion. Jadi apa masalahnya jika tuntutan i-Citra 2.0 ini dipenuhi memandangkan anggaran jumlahnya cuma sekitar RM25bilion hingga RM30bilion sahaja?,” katanya.

Jelasnya, ia tidak melibatkan apa-apa kecairan di pasaran modal atau memerlukan KWSP menjual apa-apa aset di luar negara yang merupakan sebahagian daripada aset KWSP berjumlah RM988.55 bilion.

“Begitu juga alasan Tengku Zafrul bagi menolak cadangan melaksanakan Unconventional Monetary Policy. Walhal idea ini telah diaplikasikan oleh banyak negara dan terbukti dapat memperbaiki ekonomi negara-negara Eropah ketika krisis kewangan 2009,” katanya lagi.

“Hakikatnya rakyat yang sedang susah dan terdesak tidak berminat dengan alasan teknikal dasar monetari negara kerana mereka tahu bahawa Akta KWSP 1991 sendiri membenarkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP apabila pencarum berdepan dengan krisis kehidupan seperti hari ini,” ujarnya.

“Saya dan teman-teman di Pemuda UMNO tidak mahu menghabiskan masa melakukan perdebatan di media sosial. Lebih baik masa yang ada ini digunakan DS Tengku Zafrul untuk mencari jalan bagi membolehkan pengeluaran dapat dibuatps://sarawakvoice.com/2022/01/19/pemuda-umno-harap-menteri-kewangan-tidak-kelirukan-rakyat-berkaitan-kwsp/t dan mandat KWSP dapat dilaksanakan,” ujarnya.

“Kita boleh adakan sesi debat lain antara saya dan DS Tengku Zafrul untuk beri keadilan kepada rakyat yang sedang menunggu dan berharap,” tegasnya.

Namun, katanya,  kehendak dan keperluan rakyat mesti diutamakan.

“Janganlah mengeluh kononnya KWSP perlu menjual saham sedangkan rakyat sudah pun menggadai pelbagai tanggungan demi meneruskan kehidupan!,” katanya.


sarawakvoice.com/2022/01/19
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-7-2022 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.471318 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list