CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 2

[Sabah] Polis buru Tommy Lai bantu siasatan hina bekas KM Sabah

[Copy link]
Post time 19-1-2022 02:22 PM | Show all posts |Read mode


BURU: Suspek Tommy Lai masih jadi buruan polis.

LAHAD DATU: Seorang lelaki masih menjadi buruan polis selepas didakwa mengeluarkan kenyataan menghina bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten komisioner Rohan Shah Ahmad berkata kenyataan itu dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook dengan menggunakan nama ‘Tommy Lai’.

“Kenyataannya iaitu ‘fenomena terbaru... kalo muka panternak PATI mimang mirip seiras muka pantarnak’ dipercayai ditujukan kepada Shafie di laman Facebook milik suspek.

“Sebaik kenyataan itu dimuat naik secara umum, pelbagai reaksi dan komen daripada orang ramai termasuklah unsur menghina,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, perbuatan suspek terbabit disyaki bertujuan untuk menjejaskan kredibiliti pemimpin berkenaan dan jelas menghina serta menjatuhkan maruah Ketua Menteri Sabah ketika itu.

Katanya, pihak polis kini sedang memburu suspek dan kerjasama masyarakat dalam membantu penyiasatan sangat diperlukan.

“Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/19
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 05:20 PM | Show all posts
sekarang kutuk menteri dah biasa kat media sosial

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2022 10:00 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 21-1-2022 09:20 AM
sekarang kutuk menteri dah biasa kat media sosial

nanti dah diambik tindakan tau takut
cakap fb kena hack lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.050313 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list