CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 355|Reply: 0

[Pulau Pinang] PSP hadapi masalah teknikal

[Copy link]
Post time 19-1-2022 02:18 PM | Show all posts |Read mode
PSP hadapi masalah teknikal
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 19 Januari 2022


Aplikasi PSP menghadapi masalah sejak pagi Rabu.


GEORGETOWN - Pengguna aplikasi Penang Smart Parking (PSP) diminta tidak perlu risau dengan baki kredit RM4.40 yang dipaparkan di aplikasi berkenaan sejak pagi Rabu.


Pengurusan PSP menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan pihaknya sedang berhadapan dengan masalah teknikal dan berusaha untuk menyelesaikannya secepat mungkin.


"Pihak kami ingin menyatakan bahawa pengguna PSP tidak perlu risau apabila paparan di aplikasi di telefon bimbit mereka menunjukkan baki RM4.40. Kami sedang berhadapan dengan masalah teknikal dan sedang menelitinya untuk diuruskan secepat mungkin.


"Kepada pengguna, kami memberi jaminan bahawa baki wang di dalam aplikasi PSP selamat dan akan dikembalikan semula ke dalam akaun selepas semua masalah teknikal ini selesai," kata kenyataan itu pada Rabu.


Pihak pengurusan PSP turut memohon maaf kepada semua pengguna dan berharap mereka sabar sehingga kesemua masalah teknikal itu selesai.


Sementara itu, peniaga, Nohazwani Ismail, 39, berkata, dia terperanjat apabila mendapati baki di dalam aplikasi PSP menunjukkan RM4.40 sedangkan dia baharu tambah nilai RM50 pada dua hari lalu.


"Saya menyedari masalah ini pada jam 10 pagi tadi ketika ingin membuat bayaran parkir di Jalan Transfer. Mula-mula hairan juga sebab dua kali mencuba, aplikasi tidak boleh dibuka.


"Setelah mencuba kali ketiga, saya berjaya membukanya namun terkejut mendapati baki hanya RM4.40, sedangkan baru Isnin lalu saya tambah nilai RM50," katanya.


Sementara itu, kerani, Mohd Irwandi Hashim, 45, berkata, aplikasi PSP di telefon bimbitnya langsung tidak boleh diakses sejak jam 11.30 pagi.


"Saya menyedari masalah ini selepas gagal untuk mengakses aplikasi ini sejak pagi tadi ketika ingin ke bank.


"Agak menyusahkan kerana bimbang kereta akan disaman atau ditarik sekiranya tidak membayar parkir. Kerja saya pun tertangguh," katanya.


PSP mula beroperasi pada 19 Ogos 2019 di 647 tempat letak kereta di Georgetown dan 350 di kawasan Seberang Perai.


Antara kawasan tempat letak kereta yang terlibat di Georgetown ialah Lebuh Union, Lebuh Pantai, Lebuh Pasar, Lebuh Penang, Lebuh Queen, Lebuh King, Lebuh Downing, Lebuh Bishop, Lebuh Gereja, Gat Lebuh Gereja, Lebuh China dan Gat Lebuh China manakala di Seberang Perai di Lebuh Langsat dan Jalan Icon City.


Bagaimanapun, pada 2020 sebanyak 36,000 tempat letak kereta dipasangkan sensor untuk kegunaan PSP.


Kadar bayaran tempat letak kereta adalah 80 sen sejam bagi kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan 40 sen sejam bagi kawasan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).


Sementara itu, bagi pas bulanan pula, kadar bayaran adalah RM150 sebulan di kawasan MBPP dan RM75 sebulan di kawasan MPSP.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... pi-masalah-teknikal
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.168465 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list