CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 306|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penggunaan RFID patut lebih fleksibel

[Copy link]
Post time 19-1-2022 01:29 PM | Show all posts |Read mode
Penggunaan RFID patut lebih fleksibel
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 19 Januari 2022


Pelaksanaan bayaran tol menggunakan RFID sejak Sabtu lalu masih menerima rungutan daripada pengguna lebuh raya. -Foto Bernama (Gambar kecil: Faiz)


GEORGETOWN - Kerajaan dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) digesa untuk lebih fleksibel dalam penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dalam pelaksanaan transaksi tol dengan tidak memansuhkan penggunaan kad Touch ‘n Go (TnG) yang sedia ada.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Faiz Fadzil berkata rakyat perlu diberikan pilihan dan tidak dipaksa dengan satu kaedah sahaja seolah-olah kita hidup di bawah pemerintah autokratik.


Menurutnya, kad TnG sedia ada lebih mesra pelanggan kerana boleh juga digunakan untuk kemudahan lain seperti tempat letak kereta dan kenderaan awam LRT, MRT dan sebagainya.


"Kaedah penggunaan RFID sepenuhnya secara tunggal di tol lebuhraya jika dilaksanakan kelak, pasti menimbulkan masalah kepada pengguna lebuhraya apabila ia gagal berfungsi dengan baik. "Lagipun, kad TnG boleh digunakan untuk banyak kereta, sedangkan sticker RFID hanya boleh digunakan untuk satu kereta sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.


Mengulas lanjut, Faiz berkata rakyat perlu membeli pelekat RFID bagi setiap kereta yang digunakan dan ini pasti menambah beban rakyat terutama golongan M40.


Jelasnya, lebih 20 peratus golongan M40 tergolong dalam golongan B40 pada ketika ini dan kaedah yang digunakan pasti menambah beban golongan ini yang biasanya memiliki lebih daripada satu kereta.


Katanya, kerajaan dan PLUS juga digesa untuk mengkaji semula kaedah ini supaya tidak membebankan golongan miskin bandar memandangkan kebanyakan pengguna lebuhraya adalah penduduk di kawasan bandar.


"Dengan harga sticker RFID yang cukup mahal (RM35), ia adalah penjualan yang menguntungkan kroni dan membebankan rakyat.


"Tidak sepatutnya, kerajaan dan PLUS mementingkan kepentingan kroni dalam keadaan kehidupan rakyat yang susah sekarang, ekonomi negara yang masih meleset dengan kadar inflasi 3.3 peratus pada November 2021 dan harga barang yang semakin naik,"katanya.


Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan dan PLUS untuk memberikan pelekat RFID ini secara percuma, kerana keuntungan pasti diperolehi melalui pembayaran tol melibatkan lebih kurang sejuta kenderaan sehari untuk menampung kos pelekat yang hanya bernilai beberapa ringgit sahaja.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... tut-lebih-fleksibel
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 19 Januari 2022




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.051590 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list