CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 268|Reply: 0

[Sarawak] Sebuah kereta terbakar, kemalangan kendiri

[Copy link]
Post time 19-1-2022 01:20 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Sebuah kereta terbakar sepenuhnya dilaporkan berlaku akibat dari kemalangan kendiri di bahu jalan berdekatan lampu isyarat Coco Cabana Marina Utama Miri pada awal pagi tadi.

Mangsa seorang lelaki yang juga pemandu berjaya diselamatkan dan mengalami patah kaki kanan.



Laporan dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima laporan pada jam 12.53 pagi dan sebuah FRT Scania dan sebuah EMRS bersama tujuh anggota diketuai PBK II Kup Lawing bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, kebakaran dipercayai melibatkan sebuah kereta jenis Lexus di bahu jalan akibat dari kemalangan yang melibatkan kemalangan kendiri
“Seorang mangsa lelaki telah dikeluarkan oleh orang awam dan mengalami patah kaki kanan akibat kemalangan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihak polis turut tiba ke tempat kejadian bagi melakukan siasatan.

Unit Emrs Bonba telah melakukan rawatan awal kepada mangsa dan seterusnya membawa mangsa ke hospital.

Dua aliran salur bantu mula dari pili bomba telah digunakan untuk mengawal serta memadam kebakaran.

Kebakaran akhirnya telah berjaya dikawal dan operasi tamat pada 1:28 pagi.





sarawakvoice.com/2022/01/19
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.104768 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list