CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 245|Reply: 0

[Sabah] Mahkamah Sahkan Lelaki Tanpa Taraf Warganegara Dari Sabah Berhak Dapat Kerakyatan

[Copy link]
Post time 19-1-2022 01:16 PM | Show all posts |Read mode


Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, mereka yang lahir di Malaysia dan bukan warganegara mana-mana negara lain berhak mendapat kerakyatan melalui kuat kuasa undang-undang.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan seorang pekerja rencam berusia 27 tahun yang mempunyai bapa warganegara Malaysia dan ibunya dipercayai warganegara Indonesia adalah rakyat negara ini.

Hakim Che Mohd Ruzima Ghazali berkata, Wong Kueng Hui telah mengambil langkah yang munasabah untuk menentukan taraf kewarganegaraan ibunya dengan menyemak dengan Kedutaan Indonesia, namun pencarian itu tidak berhasil.

“Oleh kerana tiada bukti yang bertentangan, Mahkamah Tinggi tidak tersilap dalam fakta dan undang-undang bahawa Wong adalah seorang yang tidak mempunyai kerakyatan,” kata Ruzima, yang menolak rayuan kerajaan.

Hakim M Gunalan bersetuju bersama Ruzima manakala Azizah Nawawi tidak bersetuju.

Ruzima berkata, tidak ada keraguan bahawa Wong dilahirkan di Hospital Keningau di Sabah pada 2 Jan 1995 selepas ibu bapanya bersekedudukan.

“Perkahwinan mereka tidak didaftar. Sebagai anak tidak sah taraf, kerakyatannya harus mengikut ibu,” katanya.

Ruzima berkata, Mahkamah Tinggi mendapat tahu bahawa Wong telah mengambil pelbagai langkah untuk menentukan kerakyatan ibunya.

“Memandangkan kerakyatan ibu tidak diketahui, ini menjadikannya seorang yang tidak mempunyai kerakyatan,” katanya.

Mahkamah Tinggi pada 21 Okt 2019 mengisytiharkan bahawa Wong adalah rakyat Malaysia berdasarkan Jadual Kedua, Bahagian II di bawah Seksyen 1(e) Perlembagaan Persekutuan – iaitu peruntukan yang menyebut bahawa mereka yang lahir di Malaysia dan bukan warganegara mana-mana negara lain berhak mendapat kerakyatan Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang.

Hakim Nordin Hassan turut memerintahkan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan sijil kewarganegaraan atau kad pengenalan kepada Wong.

Manakala Azizah yang tidak bersetuju berkata, ibu Wong meninggal dunia ketika dia berusia 17 tahun.

“Ini bukan mengenai dia tidak tahu negara asal ibunya. Malah, Wong telah membuat pertanyaan dengan Kedutaan Indonesia, tetapi tiada maklum balas positif,” katanya.

Katanya, Wong tahu bahawa ibunya berasal dari Indonesia dan oleh itu, tidak boleh mendakwa dirinya tiada kerakyatan. – FMT


sabahpost.net/2022/01/19

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.048363 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list