CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

[Sabah] Jeffrey puji pengusaha majukan kawasan sebagai destinasi pelancongan

[Copy link]
Post time 19-1-2022 12:46 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Jeffrey (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama hadirin pada Perasmian Sondoton D’Kabaid Taman Rekreasi Kg Bundu Apin-Apin.

TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan menyeru penduduk kampung supaya memajukan kawasan mereka yang berpotensi dijadikan sebagai pusat pelancongan.
Baru-baru ini Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan telah meluangkan masa merasmikan Sondoton D’Kabaid, Taman Rekreasi Agrotani dan Akuakultur di kampung Bundu Apin-Apin, iaitu sebuah pusat pelancongan di kawasan terbabit.

Menurut Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau memuji usaha pengusaha, Maineh Legihad yang memajukan tanah mereka sebagai satu produk Eko-Agro Pelancongan yang  mempunyai potensi untuk menarik pelancong luar dan dalam negeri.

Kawasan itu katanya, terletak di tebing sungai yang mempunyai tarikan semula jadi dengan air yang jernih serta pemandangan semulajadi, yang pasti dapat menggamit kehadiran pelancong untuk berkunjung dan secara tidak langsung dapat menjana ekonomi kepada pemilik serta penduduk setempat.

Sehubungan dengan itu Jeffrey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan menyarankan agar masyarakat setempat yang mempunyai kawasan tanah yang berpotensi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan supaya mengusahakannya.


utusanborneo.com.my/2022/01/19

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.046379 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list