CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 51|Reply: 0

[Sabah] GRS perlu untuk kestabilan politik Sabah

[Copy link]
Post time 19-1-2022 12:44 PM | Show all posts |Read mode


GRS perlu untuk kestabilan politik Sabah: Fairuz

KOTA KINABALU: Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Fairuz Renddan (gambar) memberitahu bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merupakan sebuah gabungan kerajaan yang terdiri daripada komponen-komponen parti yang bergabung dan membentuk kerajaan sekaligus relevan dalam menjalankan usaha membawa kestabilan kepada politik tempatan di Sabah.

“Perkara ini jelas dan saya menyokong apa yang diperkatakan oleh Ketua Penerangan BERSATU Negeri Sabah, Khairul Firdaus Akhbar baru-baru ini tentang perlunya GRS didaftarkan dan bergerak sebagai sebuah entiti politik.

“Memang BERSATU Sabah amat yakin dan percaya bahawa masa depan kita semua di Sabah, rakyat, ekonomi dan pembangunan negeri Sabah, mampu dibentuk dan dijayakan dengan kepimpinan sebuah kerajaan yang utuh dan bersatu padu, seperti GRS,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Fairuz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan turut menjelaskan bahawa kesepakatan pemimpin-pemimpin dalam GRS adalah bukti bahawa pemimpin tempatan Sabah amat mengutamakan janji dan tidak memandang remeh akan amanat yang diberikan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

“Rakyat memilih kita, kita bergerak sebagai sebuah gabungan yang dipilih oleh rakyat Sabah dan untuk tujuan itu, adalah wajar untuk kita terus bergerak dan bekerja untuk merealisasikan apa yang diharapkan oleh rakyat.

“Pastinya segala usaha akan lebih mudah dan perhubungan yang terjalin antara semua parti komponen dalam GRS akan lebih erat dan kukuh jika GRS dapat didaftarkan sebagai sebuah entiti parti, yang mana ia adalah suara dan harapan rakyat, yang melambangkan identiti kita di Sabah, identiti anak-anak Sabah.

“Hal ini sekaligus akan semakin menguatkan kita semua dan kekuatan kita yang dibentuk pastinya tidak akan digugat sama sekali oleh pihak luar, biarpun keadaan politik semasa di tempat lain bergoncang seperti rebut petir yang membadai sekaligus merunsingkan rakyat,” tambah Fairuz lagi.

Fairuz turut mengajak semua rakyat dan pemimpin untuk terus berganding bahu dan bekerjasama dalam membawa perubahan ke arah merealisasikan impian Sabah Maju Jaya.

“Kita semua, tidak kira yang mewakili rakyat (wakil rakyat) atau pun rakyat, kita semua bersama bekerja, memainkan peranan masing-masing, membawa kemajuan dan kita bangkit Kembali selepas berdepan semua dugaan berat yang datang tanpa kita duga.

“Inilah ujian untuk kita dari Allah dan pastinya Allah akan membantu kita untuk pulih dan bangkit semula jika kita gigih berusaha dan terus berdoa untuk kesejahteraan negeri kita yang tercinta ini, insyaAllah,” ujar Fairuz.


utusanborneo.com.my/2022/01/19
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.075974 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list