CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 281|Reply: 0

[Sabah] Pelbagai hadiah boleh dimenangi pada Pasar Malam Tahun Baharu Cina Tawau

[Copy link]
Post time 19-1-2022 12:42 PM | Show all posts |Read mode


HADIAH: Fung (kanan) bersama pasukannya menunjukkan hadiah-hadiah yang bakal dimenangi para pemenang.

TAWAU: Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew akan menganjurkan Pasar Malam Tahun Baharu Cina serta acara berbasikal di hadapan perkarangan Pusat Perkhidmatan Rakyat Parlimen kawasan berkenaan bermula pada 21 Januari sehingga 23 Januari 2022.

Program berkenaan termasuklah aktiviti jualan sekitar 50 gerai, pertunjukkan kebudayaan Cina, tarian singa, serta pelbagai pertandingan lagi yang menjanjikan hadiah lumayan.
Christina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api akan merasmikan majlis berkenaan.

Orang awam yang hadir pada majlis itu akan menerima tiket cabutan bertuah dan berpeluang untuk menang sebuah basikal berjenama bernilai RM10,000, peralatan elektrik, hamper dan aksesori basikal.

Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Tawau merangkap Pengerusi Penganjur Fung Thin Yein berkata, Pasar Malam Tahun Baharu Cina akan diadakan selama tiga hari bermula dari jam 2 petang.

Katanya, jumlah gerai diterhadkan kepada 50 sahaja dan RM50 akan dipungut sebagai simbolik. Para penjaja dikehendaki menyediakan gerai masing-masing dan pihak penganjur akan menyediakan kemudahan elektrik.

"Pada hari pertama (Januari 21), terdapat pertandingan memasak diadakan pada 3 petang dengan wang tunai bernilai RM500, RM300 dan RM200 menanti tiga pemenang utama selain mendapat hadiah serta sijil. Sebanyak tujuh hadiah sagu hati juga disediakan.

"Christina akan merasmikan majlis berkenaan pada 7 malam seterusnya persembahan tarian singa dan kebudayaan akan diadakan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, hari kedua program termasuklah pertandingan nyanyian kanak-kanak berumur dibawah 12 tahun yang bermula pada jam 6 petang.

Katanya, pemenang pertama, kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang RM300, RM200 dan RM100. Mereka juga akan menerima hamper dan sijil. Tujuh hadiah sagu hati juga disediakan.

"Pada 23 Januari 2022, acara berbasikal akan diadakan, para peserta dikehendaki mendaftarkan diri pada jam 5 petang, diikuti taklimat keselamatan serta senaman pada jam 7 malam dan aktiviti berbasikal akan dimulakan pada 7.30 malam.

"Acara berbasikal akan tamat pada 8.30 malam dan cabutan bertuah akan dimulakan pada jam 9 malam," katanya.

Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan memasak boleh berhubung dengan Ariani (010 9553816). Acara berbasikal boleh berhubung dengan Putra (013 3800332) atau Ayu (017 8118019).

Untuk menempah ruangan untuk pasar malam boleh berhubung dengan Fung (010 9415577) atau Ayu (017 8118019).


utusanborneo.com.my/2022/01/19
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.070125 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list