CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 238|Reply: 0

[Sarawak] Polis Marin rampas rokok, minuman keras bernilai RM292,142 di Serian

[Copy link]
Post time 19-1-2022 12:39 PM | Show all posts |Read mode


Pasukan operasi bersama suspek dan barang rampasan.

SERIAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 merampas pelbagai jenis rokok dan minuman keras disyaki diseludup dianggarkan bernilai RM292,142 pada Selasa.

Difahamkan, satu risikan dilakukan di bawah Op Kontraban oleh Unit Risikan Marin (URM) di sebuah premis di bandar Serian yang dijadikan tempat menjual dan menyimpan rokok serta minuman keras tersebut.

Satu serbuan dilakukan dan hasilnya mendapati pemilik premis gagal mengemukakan sebarang dokumen rasmi berkenaan rokok dan minuman keras berkenaan.

"Kesemua rokok dan minuman keras tersebut disyaki tidak bercukai Kastam dan keseluruhannya dianggarkan bernilai RM292,142," kata PPM Wilayah 5 menerusi satu hantaran di akaun Facebook milik mereka.

Tambahnya juga, seramai empat warga tempatan disyaki pemilik dan pekerja di premis tersebut turut ditangkap untuk siasatan lanjut.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.


utusanborneo.com.my/2022/01/19
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.624695 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list